Thursday, December 2, 2010

Kitchen Malfunction

Well I'm sure it happens to everybody, tak kira lah orang tu super duper chef ataupun tukang masak yang amatur macam aku ni...

Kalau niat memasak untuk hari/malam tu untuk release tension and tetiba tak menjadi, alamak bertambahlah tensionnya kan.. Well it happened to me last nite. Walhal dah banyak kali aku buat apam ni, tapi tak tau kenapa dia tak nak senyum lepas tu macam bantat sikit. Tapi x sempat plak nak snap gambar.

Yang aku tayang kat sini pun kira malfuntion jugak walaupun rasa dan kegebuannya sama tetapi yang kelakarnya dia punya senyuman jadi macam batu belah batu bertangkup....

Wednesday, December 1, 2010

Musim Cuti Sekolah aka Musim bersunat

Musim cuti sekolah ni samada mak2 sibuk cari tempat untuk bercuti ataupun sibuk cari package untuk berkhatan. For me, family vacation perlu di bekukan coz kami nak khatankan anak teruna ku yang sorang tu....

Tidaklah ku tahu yang aku perlu booking awal2, jadi merata jugak mencari atlast dapat jugak klinik yang dekat rumah. So pada 28hb Nov maka alhamdulillah terlaksanalah. Walaupun penuh drama...Mula2 dia tunjuk macho, tapi bila kena inject menjerit2 sakit..'mommy sakit mommy...' bila anak dah merintih macam tu aku pun turut menangis...Nasib baik bapak dia still boleh cover line walaupun pada awalnya dia tak sanggup tengok.

Anyway, alhamdulillah semuanya dah selesai. Hari ini dah 3 hari and malam ni schedule untuk lawatan ke doktor for follow up.

Aku ambik cuti 2 hari untuk jaga Nu'aim and hubby ambik cuti the whole week. Jadi bila dah ada kat rumah tu apa lagi aktiviti memasak sajalah kerjanya. Kebetulan plak mak and ayah datang dari kampung, so meriah jugak kat rumah tu. Semalam punya minum petang aku buat pau..tapi lupa lak nak ambik gambar. A day before buat apam balik for the first time, alhamdulillah jadi. Siap buat inti pisang and coklat lagi...

Hari Khamis lepas, ada internal launching for our new company logo...aku di mintak jadi judge...tobat lepas ni tak mau dah...penat gila. Malamnya pulak kena siapkan cupcakes yang orang tempah... adus..idea tak berkembang makcik dek kepenatan....

Friday, November 26, 2010

New Hobby Part2




Gamabar saja...

End of School Year 2010

This post terlewat seminggu.

Kali ni nak tulis pasal request puteri bongsu untuk pot luck for year end class picnic. Dia ni memang selalu macam2 idea yang dia bagi so that dia punya lain dari yang lain.

Awal2 lg dah cakap tak nak kueh lapis (last year's menu), CC pun tak nak. Lepas tu I came up with the idea of bringing mini burgers. COz she loves kids burger at Secret Recipe. Jadi mommy pun gantung apron kat leher dan memulakan tugas.




She's very excited with the mini burgers. Balik dari sekolah terus called me bagitau ustazah tanya mommy buat atau beli. Kalau buat sendiri ustazah nak tempah...and ada lg 3 orang kawan nak tempah.... Wah...pandai anak aku buat promosi...

Wednesday, October 27, 2010

New Hobby

Wah....banyak sawang dah rumah I, almaklumlah bila istana hinggap macam nilah jadinya.. Anyway kali ni kita nak tayang kita punya new hobby... bila balik kampung time raya hari tu tengok my sister dok jahit bunga pada tudung dia..rasa2 macam boleh buat..kebetulan plak benang2 DMC memang banyak ( buat cross stitch separuh jalan). Balik KL tak sabar2 nak try.. bila dah try pada satu macam ok jerr jadi try pada satu lagi... Oklah cuci mata saja dulu...


Monday, July 26, 2010

Roti

Balik kerja petang khamis lepas ...macam ada mood nak masak jerr.. so aku selongkar barang2 tengok kalau dapat idea nak masak apa. Dok belek tepung nasib baik perasan tepung roti akan expired on 31st July. So apalagi, rotilah jawabnya.

Dah agak lama tak buat roti ni. Di sebabkan tak prepare untuk buat roti ni... tengok sausage pun ada 5 ketul jer... last2 buat bun inti cheese.

Monday, July 19, 2010

Eclairs

Few weeks back a friend brought back some chocolate eclairs... wah nikmatnya... melihatkan rupa paras eclairs tu macam senang jer membuatnya... so aku pun balik buat projek kat rumah..

Buatnya memang senang tapi agak malas nak buat dia punya filling so aku pakai whipped cream saja.
Tapi gambar yang dah di salut coklat tak sempat plak nak ambik...

Tuesday, May 25, 2010

Love this MOON

Bulan 5 adalah bulan yang selalu menggembirakan...alhamdulillah...2 important dates.. It's my birtday and my anniversary. Today is my 14th anniversry.

Yang paling best selalunya I'll get what I wish even though tak bagitau hubby apa... macam ada sixth sense and telepatic power yang hubungkan kepala kitaorang ni..

This is what I wish for...LOVE IT....



Monday, May 3, 2010

Fishing

On 24th April we went fishing to 'Kolam Air Tawar Apak' nun jauh ke pedalaman Ulu Yam. Perjalanan dari rumah ke sana saj ambik masa dalam 2 jam dan kebetulan pulak perlu melalui kawasan pilihanraya kecil hulu selangor... so kiri-kanan jalan penuh dengan poster.

Kami berkonvoi 3 kereta kerana hubby tak tau jalan nak kesana eventhough ada map yang diaorang bagi, tapi kalau dah nak kena masuk ke hulu benut ni...cam cuak jugak nak ikut map.

Alkisahnya kami sampai dekat pukul 2 petang, and acara bermula pukul 2-7 petang. Nak dijadikan cerita, apa yang maerasuk aku pun tak tau belum pernah aku memancing (my kids and bapaknya 1st time fishing kat Tasik masa di US dulu). Hubby bagitau office dia anjurkan pertandingan memancing RM38 satu kepala, I said why not kita cuba.

Jadi hubby pun pinjam peralatan memanjing dengan abang ipar. Hari tersangatlah teriknya, aku plak pakai baju short sleeve, jadi balik rumah malam tu memang tan gilerr jadinya.

1st 2 hours kami cuma asyik dok pasang umpan jerr...last2 abang toke kolam datang ajar camana nak buat. Masalahnya nak pasang umpan pun aku tak reti, abang tu datang bagi tips suruh hubby gi gali cacing kat bawah pokok, dia dah letak cangkul sekali kat situ. Tak sampai 5 minit dia tinggalkan tempat tetiba joran my hubby jerk ke depan nasib baik sangkut kat batang Y jer..aku ngan orang sebelah buat stunt nak gi selamatkan joran... alhamdulillah dapatlah ikan ROHU kami yang pertama yang beratnya 1Kg +. Masa tulah cameraman datang, jadi aku pun posinglah dalam kegelian pegang ikan yang berlendir dan hanyir...

Tapi yang paling harunya aku punya joran satu ekor pun tak dapat. Baby kata dia dah doa untuk mummy dapat ikan, jadi atlast dapatlah jugak 15 minit sebelum wisel ditiup. Tapi lupa plak nak posing ngan ikan2 tangkapan coz camera tinggal dalam kereta. Jadi aku ambik gambar untuk tempek kat sini ikan yang dah kejung dan dah dibersihkan siap untuk di masak.

Thursday, March 25, 2010

Kek Kurma

once upon a time, minggu lepas dok cari file dlm kabinet alkisahnya terjumpalah kurma yang masih lg berkeadaan baik.

Nak makan cam gitu jer akan ambik masa yang lama lg untuk dihabiskan...jadi untuk mengelakkan pembaziran, aku pun surfing cari resepi yang paling simple untuk buat kek kurma. And hasilnya memang memuaskan hati...

Malam tadi buat, pagi ni bawak ke office, tak sempat nak snap gambar dah licin. Nanti 2nd batch kena bergambar dulu...

Saturday, March 6, 2010

Rumah oh Rumah.....

Am still on a look out, tapi masih belum jumpa yang berkenan di hati... kalau berkenan pun banyak faktor yang membuatkan 'tak berkenan'.

Couple of months back went to Shah Alam...apa nama taman tu pun dah tak ingat..tapi nak cari satu hal..masuk kawasan kampung then tetiba you are driving thru palm trees, masuk kawasan under constructioan and there you are tetiba rasa macam di one of the housing area back in Houston. Rumah2nya cantik..sesangat..tapi harganya mencecah RM1m and of course quite far fr KL...jadi impian ku musnah...

Bebudak plak dari awal lg dah cakap tak nak pindah..

Sebelum raya cina hari tu ada corner lot in my housing area di lelong, tp tengok tanahnya agak kecik. Then my fren bagitau satu lg corner lot on sale, belakang rumah dia..but of course it is quite pricey...tengah pk lg...the house is exactly the same as mine but the land area is quite spacious...

Told my husband to make up his mind. Kalau tak jadi beli aku dah ada perancangan nak ketuk sana sikit and ketuk sini sikit....I need a new oven...big one...but there is no place to put...so solution...pecah mana yg patut...Tp is it worth spending 20-30K just because you cannot accomodate a 1K oven???? hmmmmm...hmmm...

I STILL WANT BIGGER KITCHEN!!

Monday, March 1, 2010

Blackout


Kakak's Bday

Beza birthday kakak ngan Baby cuma sebulan jer...jadi macam malas lak nak buat2 birthday party kat rumah..jadi Daddynya cadangkan buat dekat Red Box saja.. so since aku pun macam malas jer nak buat makan2 so aku on jerr...

Tapi alkisahnya kenalah calling2 mak2 kawan kakak untuk mintak kebenaran bawak anak2 mereka ke karaoke... Tapi yang pasti anak aku yang sorang tu yang lebih2. Si Baby semua lagu dia nak nyanyi walaupun tak tau, macam nak pecah perut tengok gelagat dia.

Since kakak nak bersuka-sukaan ngan kawan2 dia jer, so kita orang ambik bilik bersebelahan..baru nyanyi dua tiga lagu si Baby dah mintak makanan..aduss..anak dara aku yang sorang ni...


Baby's Bday

Nampak gayanya ini entry pertama untuk tahun ni...Masalah cannot upload the pic direct from my phone to this laptop belum diatasi, that is the main reason kenapa aku malas nak update..kalau cerita tak ada gambar tak menarikkan.

Ok, kek ini aku buat sempena my youngest dotter's birthday on 11.12.2009 and kebetulan masa tu dia ada di kampung so kek2 ni travel ke Kemaman.
Ini bottom kek





























Yang ini kat atas.
Gambar yang dah diassemble in kakak's camera, jadi malas nak menggodak.