Friday, April 24, 2009

Book Fair

Last saturday we went to International Book Fair dekat PWTC. Oleh kerana hubby tak nak phening2kan kepala cari parking so we decided untuk naik LRT dari Bukit Jalil. anak2 bukan main excited lagi.. bukan sebab nak pergi PWTC tapi sebab nak naik train. Kesian anak2 aku. Masa kita kecik2 dulu kalau jalan2 naik kereta bukan main lagi ambik angin keluarkan kepala dari tingkap, tapi budak2 sekarang ni dah terbalik jadinya..kalau naik train atau bas bukan main thrill lagi..

Sampai sana terus masuk.. mak oii ramai sungguh pengunjung sampaikan nak menapak pun susah. Dah masuk dalam Baby plak buat hal.. sakit perut....nak berak. Yang paling kelakarnya, toilet kat sana kan dia punya air keluar dari bidet.. Yang kawan ni tak reti nak cuci.. di bantainya pakai toilet roll. Aku cakap ngan dia kat Malaysia semua toilet ada air, jadi pakailah air. Tau apa dia jawab.. sorrylah mummy kita ingatkan dekat US...apalah anak aku yang sorang ni...Masa kat sana pun aku siap bawak botol kecik atau pun paper cup untuk ambik air dari sink sebelum masuk toilet.. mat Saleh tengok pun pelik..

Pergi sana pun dalam sejam jer... dah dapat 4-5 bijik sorang, terus balik.

Monday, April 13, 2009

Seri Muka Durian

Ewah... rajin plak aku hari ini.. sampai 2 post sekali gus. Bukannya apa, aku nak tempekkan satu lagi kueh yang aku buat untuk breakfast this morning. Kebetulan kat rumah ada satu paket durian (3 ulas jerr) so rasa macam nak try buat seri muka plak.. walaupun ini adalah first time aku mencubanya.

Aku dapat cari resepi dari buku yang ada kat dapur tapi aku punya sukatan memang dah siap adjust untuk di muatkan dalam loyang dan steamer ku yang kiut. Loyang yang aku pakai saiz 6 @ 7 inci diameter (sorileh..agak2 jerr)

Bahan2
Lapis Bawah
2 cawan pulut
2 cawan santan cair
102 sudu teh garam

Lapis atas
3 cawan santan pekat
2/3 cawan gula perang
2/3 cawan durian ( itu ajer yang ada pun)
1/3 cawan tepung gandum
1/3 cawan tepung kastad
1 sudu makan gula pasir
1/2 sudu teh garam

Cara2
Untuk lapis bawah, rendam pulut selama 4 jam. (resepi asal takyah)
gaul semua bahan, masukkan dalam loyang yang telah di sapu minyak. Kukuskan sampai masak. Lepas tu tekan dan padatkan pulut.

Untuk lapis atas, kisarkan semua bahan (aku pakai blender jerr)dan tapiskan. Tuangkan atas pulut yang dah masak dan kukuskan 1/2 jam. Sejukkan dulu baru potong.

Untuk memudahkan kita nak keluarkan dari loyang aku telah mengimprovise cara mengukusnya. Loyang tu aku basahkan dulu, lepas tu lapikkan dengan plastik tahan panas, baru masukkan pulut.


Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba. (Perasan macam ada orang baca blog aku ni..hee..hee)

Kek Lapis Limau Purut

Hari sabtu selalunya hari yang bz bagi aku, coz selalunya weekend husband aku memang bangun lambat. Jadi aku akan hantar anak2 ke kelas piano dan tuition. Kebetulan plak sabtu lepas sekolah sepatutnya ada kelas ganti.. so aku dah arrange ngan cikgu piano untuk buat double lesson minggu ni.. tup2 sekolah ganti cancel. Cuma kakak jerr kena pergi sekolah untuk tuition.

So, lepas hantar kakak ke sekolah, lepak2 kat rumah jap lepas tu pergi Giant beli barang dapur. Dalam dok belek2 bahagian sayuran kat Giant Kinrara tu..aku tengoklah mak oiii.. bunga kantan 1 batang reganya RM 1.69.Ingatkan nak cari petai wat masak sambal tumis udang...tapi cam tak cantik jerr..dalam dok telek petai tu aku ternampak limau purut. 3 biji RM 2.20 saiznya sebesar duit syiling 20sen.Cuba kalau kat kampung, benda2 ni kalau takda kat kebun sendiri mintak ngan jiran2 jerr..(Memang kebun mak aku tak ada benda2 tu..hee..hee).

Teringat minggu lepas aku ada melawat blog yang ada tulis resepi kek lapis limau purut. Macam nak cuba jerr..so, malamnya sambil2 dok tengok Akedemi Fantasia aku pun menjalankan operasi. Kebetulan plak malam tu anak teruna aku ajak buat sleepover ada dua orang kawan kat rumah. Dua beradik..yang adiknya sabar menunggu aku bakar satu layer satu layer..aku suruh tidur dulu takut lambat siap nanti esok boleh makan..tapi dia nak tunggu jugak. Ok kat bawah ni aku copy paste bahan2 dan aturcaranya dulu ya.

Bahan2


4 biji Limau Purut di parut bahagian luar hijau,sebanyak 1 sudu kecil ( jangan parut bahagian putih limau ini akan menjadikan kek pahit )
10 biji telor saiz A
500g butter
200g gula halus
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu makan ovelette
425g susu pekat manis
200g tepung hong kong
50g horlicks
Sedikit pewarna hijau
20g tepung marie


Cara2

1. Bahan butter + gula + ovelette + esen vanilla di pukul hingga kembang - putih
2. Masukkan telor satu per satu sambil adunan di pukul
3. Masukkan susu pekat & pukul lagi sehingga sebati
4 Masukkan tepung hk sedikit demi sedikit kacau adunan
5. Masukkan horlicks + tepung marie & kacau lagi
6. Bahagikan kpd 2 bahagian ( 1 adunan masokkan pewarna hijau + parutan kulit limau purut ) 1 lg adunan di biarkan warna asli
7. Lenser kan loyang 8x8x3 + kertas minyak di lapik.
8.tuang 4sudu makan ke dalam loyang & rata kan
9. Bakar sehingga masak - kalau hangus di atas mmg masak lah ye,tekan dengan iron ( student ku tau apa maksud "IRON")
10. Bakar lah selapis demi selapis
11. GUNA API ATAS SAHAJA!!!
12. Oven biasa 180-220 darjah celcius (panaskan dahulu)

Sebelum cerita panjang lagi nak ucapkan terima kasih pada tuan punya resepi dayangkeklapis. Rasanya memang best,lain dari yang lain. Oleh kerana aku ni budak baru belajar jadi aku buat setengah bancuhan saja. Ok jamu mata dulu..

Memandangkan kat rumah aku takder tepung Hong Kong so aku pakai superfine flour and tepung marie tu aku tak tau samada ia adalah dari biskut marie tapi aku pasti ada di jual di kedai kek. So yang ini aku omit so aku lebihkan tepung superfine jerr.. Satu lagi yang namanya IRON tu, since aku takder tools untuk buat kek lapis so kita improvise dengan apa yang ada untuk tekan2 kek tu sikit tak bagi ada gelembung udara. Satu lagi step yang tak di tulis tapi aku buat ialah lepas lapisan terakir dah masak. Aku tutupkan acuan dengan aluminium foil dan bakar api atas dan bawah untuk 15 minit. Rasanya memang besstest... Balik dari kerja tadi kawan Nu'aim datang lagi, siap tanya ada lagi tak kek tu..alamak tak cukup plak..yelah bagi pada maknya sket..kirim kat kakak ipar sket, bawak opis sket, kakak aku datang pun dah tinggal sket. Kakak ipar aku call tadi dia cakap tak cukup.. wow, dapat sambutan rupanya ya..

Wednesday, April 8, 2009

Kek Mentega Gula Hangus

Weekend lepas aku macam rajin sket.. so aku buat kek. Ini merupakan kali kedua aku buat kek ni..memang aku suka rasanya.. Resepi asal aku dapat dari neighbour aku yang pernah kerja satu office dulu. Ok kita tengok gambar dulu, baru dapat feel kan.


Resepi asal
1 cawan gula
1 cawan air
1 kwtul butter(250g)
6 oz gula castor (aku guna dlm 200g)
8 oz tepung naik sendiri (aku buat dlm 400g)
5 biji telur

Dapat resepi ni melalui sms jadi tak adalah aturcaranya. Jadi apa yang aku nak tulis ni ikut cara yang aku buatlah ya.. Mula2 hanguskan gula lepas tu masukkan air, aku ada terbaca kalau nak caramelized gula pakai air panas lagi elok so that gula tu tak terkejut..dan terbukti betul..so itu yang aku ikut. Sejukkan sekejap..(suam pun dah ok).

Seterusnya mix butter and gula sampai kembang, lepas tu masukkan telur dan putar lagi..bila dah gebu masukkan tepung and gula hangus bergilir2 sampai habis. Bakar selama 40-45 minit pada suhu between 170-180'C (jangan lupa, pre-heated), bergantung pada oven masing2lah ya.

Nak cerita sikit kenapa aku punya version lebih sikit sukatan dari resepi asal. Ceritanya aku masuk dalam satu blog ni conversion 1 oz sama ngan 50 gram walhal yang bebenornya tak sampai 30 gram pun. Tapi menurut kawan aku ni.. it turn out aku punya version lagi better dari dia punya. Dia sempat rasa aku punya 1st trial tu.

Dah sejuk aku potong siap2 dan masukkan dalam dua tupperware, satu utk bawak ke office and satu lagi suruh bibik balas pada neighbour. Yang bawak kat office licin, yang tinggal kat rumah pun tak sempat nak hantar pada neighbour.

Tuesday, April 7, 2009

Rajinkah Aku???

Aku nak jawab terus memang aku tak rajin...tapi tak nak mengaku aku ni malas. Sebagai contohnya, bila orang sibuk dok nak jaga kesihatan aku pun tumpang sibuk sama. Namun kalau aku sendiri yang nak start macam payah sikit. Minggu lepas aku beli DVD exercise, balik rumah terus try..anak2 pun ikut melompat sama..tapi setakat ni baru dua kali itupun sampai takat warm up jerr...

Satu lagi bila aku tengok orang selalu update blog, aku macam.."wah..rajin nyer diaorang ni". Aku plak time rajin macam takder idea nak tulis.. aku dah malas nak cerita pasal keBZian aku kat office coz I'm sure everybody is (tapi kadang2 aku nak gi toilet pun x sempat). Jadi untuk kali ni aku memang melalut jerr..

Buat kerja rumah..semua bibik dah buat, jadi part yang aku paling suka ialah menyepahkan dapur..tapi tak jugak, coz sambil2 masak sambil tu boleh cuci...nanti kang aku rimas plak tengok bersepah.

Cakap pasal rimas dan takleh tengok ni.. aku ni kadang2 bila aku rimas ngan satu2 benda tu aku akan jadi obses utk 'un rimas'kan dia. Yang kelakarnya kerusi my colleague kat office macam dah tak berapa sedap nak duduk..dia punya tempat sandar tu terlalu ke belakang and ada koyak sikit.. aku dah cakap ngan dia aku sakit mata tengok dia punya kerusi..Nak tulis ni pun aku macam nak tergelak.. Tadi aku paksa jugak dia cari kerusi lain utk tukar. Esok kalau dia tak tukar jugak aku sendiri akan cari kerusi baru utk. dia

Satu lagi bila aku melawat blog orang, orang bercakap pasal politiklah, keadaan ekonomilah.. aku tak pandai nak komen hal2 macam ni coz aku tak rajin nak baca hal2 sebegini..jadi oleh kerana kita tak tau jadi baik kita diam.

Untuk merajinkan aku berblog aku nak list apa yang aku nak cerita.
1. Buku2 yang aku baca
2. Barang2 koleksi
3. Beruang2 anak aku.

Setakat ni aku terpikir pasal 3 benda ni jerr.. Nanti aku snap gambar dulu baru boleh bercerita. Satu lagi yang aku tak rajin ialah nak belajar macamana nak cantikkan blog aku ni..nak link ataupun nak tag tu tak pandai lagi.. Blog ni pun kena ucapkan terima kasih kat kawan aku OO sebab ajar aku. Ok, got to go, nak ambik anak dari kelas tuition...