Tuesday, February 10, 2009

Nasi Hujan Panas

Semalam cuti Thaipusam kami melengkau kat rumah jerr.. plan asalnya nak gi buat survey jalan ke office.. tapi aku bengkek jerr bila 'driver' bangun lambat. Paginya bibik pergi jogging ngan Nu'aim..so aku suruh beli nasik lemak untuk breakfast terus.. Diaorang plan a day before, tetiba Baby bangun awal...so terpaksalah diaorang bawak dia sekali..

Baby ni kalau part nak ikut memang cepat...tapi kalau time nak balik mesti banyak hal punya.. aku memang paham sangat.. seperti biasa time balik kaki lenguhlah...lutut sakitlah... What do you expect??? Anak aku yang sorang ni memang manja sikit...

Ok... time tengahari rasa macam malas nak masak plak.. so pk punya nak masak something simple..so aku masaklah gulai ayam ngan sambal sotong..lepas tu teringat nasi hujan panas..boleh jugak layan ni.. kerja pun tak ada rumit sangat.



Dah abis masak..aku pun nak relaks sekejap..tetiba dapat call ada orang nak datang plak.. adus..aku masak utk sekali makan jerr... so terpaksalah masak lagi..

Malamnya bengkek aku belum abis lagi ngan hubby..lepas maghrib dia kata nak pergi Massage, aku buat bodoh jerr... dalam pukul 8.45 kakak aku call cakap hubby accident...macam nak luruh jantung aku di buatnya..Rupanya kereta dia..pembetulan kereta AKU (walaupun aku tak bayar tapi nama aku.. so kereta akulah kan???) di langgar dari belakang..so aku bila dia sampai rumah aku konon2nya nak buat cool..tapi bila nak bukak pintu...sliding pulak stuck.. terpaksalah aku sentap..hee..hee.. abis aku nyer cool. Kereta aku kena sandwich kat tengah2..so abis depan belakang kena. Hari ini kitaorang tak masuk office..lepas breakfast kitaorang ke Balai Polis Kajang lepas tu pergi isi form ke Insurance Office.. sampai rumah balik pukul 3.30 petang.

Hari ini petang saja aku sepatutnya ada 3 meeting... hopefully everything goes fine, coz pagi tu aku dah call office utk arrange apa yang patut. Tapi yang pasti mesti ada orang bengkek ngan aku... Aku peduli HAPA...keh..keh..

Monday, February 9, 2009

Pulut Panggang @ Pulut Lepa a.k.a Pulut Tok Ayah

Masa tengah keluarkan lauk pauk untuk masak tengahari, ada 4 ekor ikan sardin yang agak besar jugak.. kalau tak silap aku dalam 700-800g. Dok pikir nak buat apa ya ikan2 ni.. Sambil masak aku rebus ikan dulu, masa tu tak tau nak buat apa lagi. Teringat Nu'aim tanya pasal 'pulut tok ayah', so aku pun trylah buat.


Pulut panggang ni orang kelate panggil pulut lepa, tapi anak2 aku panggil pulut tok ayah sebab everytime ayah aku datang KL dia akan bawak pulut ni.. anak2 memang suka. Tapi semenjak dua tahun lepas ayah dah tak boleh travel dah uzur sangat.. jadi tak dapatlah anak2 makan pulut tok ayah lagi.. cuma waktu balik kampung saja kami tempah..
Ok untuk intinya

4 ekor ikan sardin/kembung (700-800g)
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
4 batang serai
2 sudu besar cili giling
2 sudu kecil ketumbar
100ml santan - aku pakai santan kotak saja
gula dan garam

Ikan rebus dulu ngan lengkuas and asam keping, lepas tu ambik isi dan blend kesemua bahan..(jangan tak campur air plak ya masa blend tu...nanti jem plak blender). Masukkan semua bahan dalam kuali dan kacau sampai kering...tarra.. jadilah intinya.. inti ni boleh buat macam2... untuk ,imi karipap atau mini popia pun sodap jugak...

Ok untuk pulutnya..

1kg beras pulut - rendam 4 jam
200ml santan
garam n gula

Cara nak masak pulut ni sama macam nak buat pulut kuning.. tapi semalam aku tak ada mood nak men'steam' so aku tanak saja... Bila semua dah sedia bolehlah bungkus ngan daun pisang...Masa dok bungkus tu bibik pun sibuk nak tolong..tapi dia punya gomok2..



Ok selepas bakar siap untuk dihidangkan untuk minum petang kami sekeluarga.

Wednesday, February 4, 2009

Stress

Rasanya macam dah berkali2 aku blog pasal stress... kali ni stress aku bukan sebab kerja tapi sebab Traffic.

Semenjak Office di pindahkan ke Shah Alam aku terpaksa melalui tol Sunway yang sememangnya jem semenjak azali.. pagi2 lagi aku dah tensi.. kalau masa kerja di Jalan Tun Razak dulu aku keluar rumah pukul 7.30 pagi sampai office before 8.15 tapi semenjak dua minggu lepas aku keluar rumah between 7 to 7.10 reach office around 8 a.m. Kalau keluar 5 minit lewat aku akan stuck dekat tol Sunway lagi lama.

Tadi konon2nya aku nak cuba jalan lain plak.. end up aku sesat terlepas ke simpang, bayar extra tol tapi sampai lebih kurang jugak... tensi-tensi. A\\

Dan seperti biasa bila aku tensi aku kena destress... semalam sambil dok layan spa Q aku sempat menguli roti...hari ni plak aku buat 'Akok kkedut'...first time buat jadi ada trial and error.. Aku dapat resepi dari Net tapi dalam tu tak cakap plak bakar api bawah saja atau both.. jadi first round aku bakar api bawah saja so bahagian atas tu tak berapa cantik..2nd batch aku bakar both side...kkedduttt you...baru jadi..tapi timing less so warna tak berapa cantik..3rd time lebihkan 5 minit...perfect.. Cuma nanti nak kena edit. nnisse perlu dikurangkan. Rupa2nya senang jerr nak buat akok ni ya...


yummy...sebenarnya tak terfikir pun nak buat akok ni..ceritanya anak lelaki aku memang suka makan akok.. kebetulan bila kitaorang balik dari bercuti tahun lepas ada Pasar Tani baru di bukak di kawasan Taman kami.. Ada orang jual akok..tapi selepas puasa tahun lepas orang tu dah tak berniaga.. Jadi every time aku balik kerja hari Khamis dia akan tanya pasal akok.. aku cakaplah orang tu dah tak berniaga kat situ lagi.. So dia pun bagi suggestion why not mummy yang buat sendiri.. alamak mummy pun rasa tercabar so hari ni terhasillah...tq pada yang menyumbangkan resepi..Tapi anak teruna aku dah tidur so dia belum rasa lagi..Bolehlah buat bekal ke sekolah esok.

Monday, February 2, 2009

One Utama

Semalam kami pergi One Utama..Rasanya mungkin ini 2nd time aku ke sana.. tapi yang 1st time pergi aku takleh recall masa zaman bila...mungkin zaman ais dulu kot... Tujuan ke sana coz ada birthday celebration anak2 bowling coach hubby di restoran COCA.

Menu kat sini ialah steamboat, tapi aku memang nak puji makanan dia...walaupun nampak macam simple tapi semuanya fresh and yang paling aku suka ialah sup tom yam..best..

Kali ni bawak Baby ngan Abang jerr... kakak aku tak bagi ikut sebab hari sabtu dia dah keluar tengok wayang ngan member2 lepas tu siap merende' kat Sunway lagi..Kakak ngan geng2 dia selalu jugak keluar bersantai ramai2( Since they are only twelve, so parent akan ikut sekali). Bila dah outing they will end up ngan slumber party kat umah aku. Aku tak kisah as long as aku tau apa diaorang buat and keluar ngan parent sapa. Weekdays memang untuk study...alamak aku dah termelalut..

Ok balik pada cerita One Utama... kitaorang saja pergi awal sket sebab present belum beli lagi.. so jalan2 jumpa Jusco yang jual barang2 makanan, pelik gak takda tangga..so tanya budak kat situ rupa2nya department lain kat other end... so kitaorang pun berjalan ke sana...masa naik escalator aku ter'pandang' kasut/sandal yang cantik2...so cakap ngan hubby sebelum balik nak datang sini lg (apa lagi nak beli kasut lerrr)...So bila dah beli hadiah pergi tempat wrapping servis kat sebelah counter utk renew Jusco Card. Aku ter'pandang' plak sorang mamat ni...aku rasa macam kenal..cakap ngan hubby..dia tak kenal....oklah..

So turun escalator balik..tup2 aku menjerit dan orang yang nampak aku pun jerit jugak...kah...kahh...kahh... tak peduli kat orang sekeliling...ter'jumpa' kawan masa kat USM dulu... lama betul tak jumpa... dari zaman aku kurus cekeding sampai zaman aku heavy weight...miss betullah ngan zaman 'kegemilangan' dulu... Nanti aku rasa macam nak blog pasal zaman dok kampus dulu... oh... seronoknya... (cam Baby selalu cakap)



Takleh cerita panjang ngan kawan tu coz kitaorang dah lambat...tapi rupanya ada lagi yang lambat.. jemputannya takderlah ramai sangat cuma geng2 bowling hubby jerr... Makanan memang tak habis nak makan.. lama jugak kat situ...nasiblah tauke restoran tu kawan diaorang kalau tak dah lama kena halau.. dahlah duduk borak punya lama... majlis tak start2 jugak..


Aku tunjuk mangkuk Tom Yam yang takder isi...sebab isi dia dah masuk dalam perut..lupa nak snap..

Habis majlis budak2 nak main inflatable dulu...so sementara budak dok main.. mak apa lagi...tadikan dah cop kasut...buatlah lawatan sekali lagi...