Saturday, January 31, 2009

Misterious

Cuti CNY ari tu aku n family balik Kemaman...Anak2 kalau balik kampung memang suka tak kira balik Kelantan @ pun balik Trganu. Aku pun suka jugak balik Kemaman coz selalunya kalau balik sana takyah masuk dapur, Mak mertua memang kerja dia asyik masak jer.. jadi orang lain tu sekadar tolong sikit2 jerr nanti dia rimas kalau banyak tangan... I suka U...Tapi balik kali ni mak mertua tak masak coz dia dah uzur jalan pun pakai tongkat kaki 4.

Jadi kerja2 dapur dah di ambik alih oleh kakak ipar (anak pompuan tunggal)..jadi kali ni kenalah masak jugak..takper, itu memang kerja kita pun..tapi yang aku nak citer bukan pasal hal masak2 ni..tapi cerita lain... Kalau kitaorang balik aku rasa nyamuk2 kat kampung mesti tepuk tangan...masakan tak..ubat nyamuk 3 lingkar sekeliling pun kitaorang kena serang jugak...Yang jadi mangsa selalunya aku ngan anak2.. mungkin darah kitaorang ni jenis kegemaran nyamuk kot...Hari pertama mata Baby bengkak sebelah, hari kedua jadi bibir Angelina Jolie..masa balik sebelum ni Abang yang jadi gitu..satu lagi kakak bila balik ke KL semula dia akan gatal2 di lipatan lengan and next day akan jadi few red patches kay lengan yang sama.. aku perasan ini dah kali kedua...Jadi aku memang misteri betul hal2 gatal2 ni...Lagipun masa baru2 kawin dulu aku pun kena jugak gatal2 yang misteri ni...

Kakak ipar aku citer masa orang datang berubat mak mentua ada 3 'ekor' makhluk misteri kat atas alang rumah.. sekor badan berbulu dan dua yang berjubah putih...apa lg malam mula2 tu macam suspen jugak bila nak gi bilik air tengah2 malam.. tapi surprisingly bila malam tak takut pun..Itulah kuasa tuhan...

Masa balik melalui Cherating, suasana dan angin macam best sangat... so janji ngan budak2 nak gi picnic..tapi bila tiba kat kampung cuaca tak berapa elok...angin kuat and hujan...so petang Isnin dalam pukul 5 petang bawak jugak budak ke Telok Kalong..kebetulan nak bawak mak mentua tanam badan kat pantai...



Saturday, January 17, 2009

Kakak's Birthday

Hari ini 'kakak', my eldesy menyambut hari lahir yang ke 12. Jadi inilah masa mak dia nak praktikkan 'keras tangan'. Untuk projek kali ni memang aku tak belajar lagi cara2 nak menghias kek ni... tapi bila jengok blog orang aku tengok diorang punya kek cantik2, so aku pun cubalah.


Kakak plak request kek dua tingkat..alamak mencabar minda betul... tapi aku sahut jugak cabaran tu..




Teringin nak buat kek Barbie sebenarnya tapi since anka aku ni dah anak dara.. dia dah tak nak kek yang keanak-anakkan ni.. so aku pun buatlah puding.. siap pakaikan baju lagi... tak sempat nak buat necklace, tetamu dah dekat sampai..


Lepas tu yang lain2 tu aku buat yang simple dan senang iaitu goreng saja..Anak dara yang satu ni memang demanding sikit...tapi bapak dia pun memang suka melayan.. Dia pernah hint kalau nak ganti handphone dia nak Nokia yang slide.. jadi bapak dia pun belilah untuk hadiah birthday..

Kat bawah ni gambar2 makanan dan tetamu2.





Tapi buat kek kali ni tak berapa puas hati.. mula2 masa transfer batter ke acuan and masuk dalam oven takleh nak tutup coz acuan terbesar sikit..tapi aku improvise saja.. end up kek tak naik sangat and senget. Satu lagi bila buat ganache.. sepatutnya thin ganache tapi tak tau kenapa, cepat sangat mengeras..bila sapu pakai palate knife dia dah tak cantik... apa2 pun oklah tu for first timer.. camni nak kena gi menuntut jugak ni.. insyaallah.. semangat masih berkobar2 ni...

Monday, January 12, 2009

Leftover

Wah.. dah dekat dua minggu rupanya tak update blog. Ingatkan semalam bolehlah berkarya, tapi queue nya panjang plak. By the time sampai giliran mata dah ngantuk..itupun sempatlah jugak melayan majlis kawin Ekin ngan Mawi.

Ok, semalam ada jemputan kenduri@ my neighbour's. Oleh kerana majlisnya selepas zohor, I've decided to prepare something simple for the kids sementara nak tunggu waktu makan. Minggu ni plak rasa macam nak clearkan peti ais jugak. So dalam dok belek2 kat freezer tu terjumpalah ikan yang dah siap di blend. So, aku pun cakap ngan bibik hari ni nak masak laksam saja.

So, aku pun masaklah kuahnya dulu.. tetiba rasanya tak kick coz isi ikan tu dah lama beku, jadi manisnya dah hilang. Kebetulan plak a day before bibik dah siap rebus ikan so sambil masak tu sambil tumbuk sekor lg untuk tambah.. barulah ada rasa. Bila kuah dah siap baru aku siapkan laksamnya.



So lepas zohor, dalam kul 2.10 kiataorang pergi rumah nebor.. my hubby dah tak selesa coz orang lelaki takder.. so we thot dia buat sembahyang hajat and baca yasin kat surau terus. Pukul 2.30 baru kaum lelaki, since diaorang tak nak makan dulu so majlis diteruskan dengan bacaan yasin...pukul 3.30 petang baru makan. Nasib baik perut dah isi ngan laksam dulu..

Petang tu plak macam boring tak ada apa nak buat.. nak masak nasi pun rasanya macam kenyang lagi.. lagipun malam nanti ada pasar malam. Teringatlah ada leftover inti 'kurmapap' (Aku pakai rempah kurma instead of kari utk karipap) so nak wat apa ya... datanglah idea merapu aku..

Bahan dan peralatan :


Dah siap masuk dalam acuan, aku tinggalkan sekejap untuk melawat pasar malam..



Balik dari pasar malam, panaskan oven... Walla... 2 satisfied customers... Dalam waktu beberapa saat roti aku dah surut...

Thursday, January 1, 2009

January 1st 2009

Happy New Year all...

Alhamdulillah kita dipanjangkan umur utk menyambut tahun baru Hijrah 1430 and tahun 2009. Tahun baru dah menjengah tapi rasanya kita ni still di takuk lama. Aku memang tak ada azam baru pun sebabnya kalau berazam saja tapi usaha ke arah itu tak ada buat apa kan.

Jadi aku rasa sempena tahun baru ni aku nak mohon pada tuhan untuk mendapat keberkatan dalam apa jua yang kita buat, semoga keluarga sihat sejahtera , mendapat rezeki yang diberkati, dipermudahkan urusan, semoga di bukakan pintu hati dan lebih medekati diriNYA.

Sehari dua ni agak bz sikit, sementelah baru balik dari kampung. Cuti krismas sampai Maal Hijrah kami sekeluarga balik kampung melawat mak dan ayah yang uzur. Alhamdulillah mak dah sihat sikit dan boleh jalan2 keliling rumah. Ayah pulak cuma perlu di tarik/ampu untuk bangun dan urusan lain seperti kebilik air dia masih boleh melakukan sendiri. Sembahyangnya dikerusi saja...jadi sentiasa ada dua kerusi di sebelah katilnya.

Balik dari kampung aku sibuk menguruskan keperluan sekolah anak2. Pergi sekolah beli buku2, ambik buku teks. Tudung sekolah anak2 perempuan semuanya dah siap berjahit..jahit lencana and everything. cuma yang belum habis lagi ialah balut buku. Since kakak dah masuk tahun 6 jadi dia dah boleh uruskan buku sendiri.. cuma yang dua orang tu saja semua kita yang nak kena buat.

Esok orientasi darjah 1... tadi Baby dah cuba2 baju sekolah, aku saja beli besar sikit hopefully bertahanlah sampai ke hujung tahun.