Wednesday, May 27, 2009

Teman's Farewell

Hari ni aku nak citerr pasal farewell lg..(Bilalah agaknya aku nak blog pasal HAKU punya farewell??). Kali ni pasal kawan yang dulunya satu opis ngan aku lepas tu join aku punya vendor/supplier and sekarang ni dah nak joint telco lain plak...

Murah rezeki betul..(Kengkawan tolong doakan aku dapat kerja lain jugak ya....tensi gilerr ni). Aku keluar dari opis kul 12.30, masa kat keta my fren cakap bos cari..tapi sebab aku tensi so aku buat selamba bodoh jerlah.. Balik makan aku terus pergi solat, lepas tu terus cabut pergi meeting. Kebetulan plak meeting abis kul 5 lebih, aku terus balik rumah.

Yang bebenornya aku mengamuk masa meeting ngan vendor semalam sampaikan bos aku pun terkezut badak..(kawan2 tolong doakan hubby aku kena g posting obersi lg kerr.. jadi takyahlah aku kerja..hee..hee). Nak lepaskan perasaan kat sini pun macam risau jugak,takut2 ada yg mengenali...jadi aku tapis2 ajerlah ya..(Dah lari dari tajuk ni).

Ok, masa lunch tadi aku makan Chicken Cordon Bleu yang rasanya kalau kat kedai makan yang bayar tak sampai 10 henggit sepinggan lagi best.. sampai malam terasa dia punya cheese yang tak sedap kat tekak. Nak makan pun dah tak lalu..baru flush ngan slurpee tadi.. tapi air2nya agak menarik. Iced latte Mocha

Iced latte dia apit oleh Pink guava and orang juices
Rib eye

Monday, May 25, 2009

Keras Tangan

Hari sabtu minggu lepas aku ngan hubby pergi masjid India/Jalan TAR cari bunga and riben...untuk buat kelengkapan hantaran pertunangan adik ipar aku. Wah meriah sungguh kat situ ya...dengan tudung2 yang murah and bermacam2 jenis. Naik juling mata aku.

Mula2 kami menuju ke Sin Yin di semua House untuk cari riben n sambil2 meninjau2 apa yang cantik. Lepas tu macam nak cari bunga kat luar... deret sebelah Mydin...dan alangkah terkezut..takder satu pun kedai yang jual bunga kat situ..rupa2nya lama betul kitaorang dah tak pergi sampaikan kedai bunga dah jadi kedai baju pun kitaorang tak tau.. Malas nak patah balik ke Semua House, sib baik ada satu kedai apek kat sebelah kedai emas tu jual bunga n barang2 hantaran. Tapi bunga2 kecik takder.. memang dah malas nak cari kedai lain sebenarnya... so hubby tunggu kat depan sementara aku masuk Mydin kot2 ada jual bunga kat dalam tu.. memang betul pun ada and yang membuatkan aku hangi ialah setangkai daun yang aku beli kat kedai apek tu reganya RM1.70 and the exact daun kat Mydin reganya RM 0.70 sahaja. ped up betul...

Dah beli tu terus balik coz bapaknya janji ngan budak2 nak tengok Night @ Muzium2, tapi coz dah terlambat and tau jerlah budak2 kalau dah janji kena pergi jugak... maklumlah rumah aku tu seperlaungan jer ngan IOI..end up diorang tengok Monster vs Aliens. Janji lg... nak tengok Night @ Muzium2 next day... Jadi keesokkan harinya kami pun pergilah pukul 4 (nak tengok show kul 4.30) tup2 tiket dah abis, kena tunggu show kul 6.45, tak kuasa aku..kakak plak nak tengok citer Syurga Cinta ke apa tajuknya tapi Nu'aim taknak tengok..last2 bagi dua. Aku ngan Nu'aim ronda2 n yang lain tengok wayang. Patutlah Nu'aim takder mood, dalam dok ronda tu.. badan dia panas...demamlah plak anak aku ni...Hari senin tu dua2 anak demam.. jadi malam tu bilik aku jadi sick bay..aduss phening betullll... anyway, kat bawah ni aku tempekkan hasil kerastangan untuk hantaran adik ipar aku..




38 alleady....


Last friday I turned 38 maa... alamak banyaknya nos tu.. tapi rasa macam muda lagi..Tapi kali ni tak dapat hadiah..hhuhhuu...dapat kek jerr.. nasib baik dia ingat kan..

Tapi cerita pasal kek ni kelakar jugak.. Ari jumaat tu hubby sms kata dia balik lambat ada bowling, aku ok ajer..masa naik mandi maghrib tu... rasa macam malas nak turun bawah, so lepak2 kat atas sambil tunggu isyak.. tup2 anak teruna masuk bilik.. bagitau Daddy dah balik..Aku pun buat no hal jerr... dia turun... time aku sembahyang isyak dia masuk lagi... melangut kat atas katil.. Lepas dah baca doa segala.. dia ajak turun.. aku suruh dia turun dulu... tapi dari dalam bilik aku boleh dengar dia punya kelam kelibut cakap ngan Daddy suruh pasang lilin..OOO.. ada surprise rupanya.. And today plak 25th May is our 13th Anniversary...

Monday, May 18, 2009

16th May - Happy Teacher's Day

Every year time macam ni mak2 akan mati kutu tak tau nak bagi apa untuk cikgu2. Mungkin mak2 lain ok kot.. aku jer yang sedikit tak tau nak bagi apa.

Yalah banyak kriteria yang nak kena pikir coz cikgu bukan sorang dua, lepas tu tiga2 anak dah sekolah. Peruntukkan mesti lebih....anak sulung request untuk bagi apple dip in coklat lagi... last year dah bagi itu takkan tahun ni nak buat benda tu lagi... tapi kata kakak cikgu dia memang request benda tu... tapi di sebabkan tahun ni mummy dah pandai buat cuppies, so cuppieslah yang kita bagi.


Selalunya time pegang piping beg tu aku memang takder idea nak buat deco camana. And selalunya idea tu datang spontan bila dan letak bunga sekuntum-dua.

Thursday, May 14, 2009

Berhenti kerja

Dalam keadaan negara yang dalam krisis ekonomi, company aku pun terkena ada jugak krisisnya. Tapi krisis yang berlaku aku rasa takderlah disebabkan kelembapan ekonomi coz memang dah bermasalah dari awal lagi.

Tapi aku rasa we are going toward the better, coz the numbers that kita dah achieve nampak memberangsangkan.

Tapi ramai jugak yang tak confident, maka ramailah jugak yang dah tender hari ini sahaja yang aku tau ada 3 are leaving. So, yesterday aku buat farewell cuppies untuk one of them Apsal aku punya gambar senget ni.. nampak gayanya aku takleh nak ambik gambar melintang..walaupun dah rotate tetap jadi camtu jugak..
Yang dalam dulang tu bawak untuk kawan2 kat office.

Sebenarnya aku nak berexperimentasi ngan warna, so alhamdulillah jadi jugak turqoise yang aku nak tu... tapi icingnya aku try resepi baru yang kononnya can be used for both covering and decorating...tapi lembik sangat dan takleh nak buat bunga... tapi rasanya ok, manis memang kurang.

Tuesday, May 12, 2009

Baby's favourite spot

Kali ni aku nak citer pasal anak bongsu aku.

Anak2 aku semenjak dari kecik lagi aku dah setkan waktu tidur ialah pukul 9 malam. Cuma sekarang ni kakak sorang saja yang selalu terlajak coz dua kali seminggu ada tuition and pukul 10 malam baru habis. Hari lain memang dioarang akan tidur awal, kecuali aku bagi kelonggaran untuk weekend sahaja.

Tapi anak aku yang montel(macam mak dia) ni..memang macamana pun akan tunggu bapak dia balik baru naik atas. Jadi selalunya sebelum pukul 9 dah terlena kat dia punya fav spot....iaitu atas sofa depan TV.

well...she is our 'bundle' of joy...

Carrot Cake

Untuk entry yang kedua pada hari yang sama ni ialah carrot cake. Oleh kerana sekarang ni waktu lunch break dan lepas ni aku nak kena keluar gi meeting, so aku akan sambung balik ngan resepinya di rumah nanti.

Jadi untuk sementara ni aku tempek gambar keknya dulu... sodap.. crunchy..


Resepi ni aku dapat dari alaf21
180g castor sugar
3 biji telur gred A
200g srf ayak dgn 1/4 camt soda
1 camt vanila
50g badam/walnut cincang (aku pakai almod flakes lps tu ramas and lebih dr 50g)
250g parutan carrot
100g melted butter

Cara2:-

Pukul telur + gula hingga gebu. Kaup balikkn bahan ayak, masukkn vanila, walnat and carrot (aku squeez keluarkn air dulu... walaupun dlm resepi tak cakap). Kacau sebati dan kemudian masukkn mentega cair.Maukkn dlm tin yang telah di gris dan alas dengan kertas kalis minyak. Bakar pd suhu 180'C for 40-45 mins (pre-heated 10 mins).

Sebelum ni aku pernah try resepi lain tapi yang ni best lagi coz ada walnat tu.. bila masak dia crunchy..very sedap. Ingatkan anak2 tak suka, tapi kek tu tak sampai petang.

Puff

Lama dah rasanya tak buat entry. Gambar2 dah banyak dalam handphone, tapi disebabkan takleh nak upload kat laptop di rumah itu yang jadi terbantut tu.. Ok untuk entry kali ni I tunjukkan step by step camana nak buat puff segera. Projek ni aku buat untuk breakfast anak2 pagi tadi.

Bahan2
Inti - leftover inti kueh dadar yang aku buat friday (lupa nak ambik gambar)

Pastry
Roti pratha segera.

Cara2nya seperti tertera:-

Demikianlah seadanya resepi kita untuk hari ini.

Friday, May 1, 2009

CupCake again

Agak lama tak menulis, bukannya apa tapi aku punya gambar takleh nak upload coz tetiba driver untuk akunya I phone hilang. Jadi ini kira trial and error.

Ok, last weekend aku ada projek jadi tak kemana2. Projeknya tak lain dan tak bukan cupcake lagi.... Kawan aku tempah untuk birthday anak dia dan anak sedaranya.
Tapi aku memang tak pandai nak berniaga kot.. bila dia tanya berapa ringgit aku mula tak reti nak charge berapa.. kalau ikut harga biasa dalam RM 2-RM2.50, tapi disebabkan aku pun amatur so, aku charge RM 1.50 saja satu. Lepas dah buat semua tu rasa macam nak buat something sebagai present untuk anak dia...so buat pertama kalinya aku buat Barbie Cake seperti di bawah ni... Rasa2nya aku dah boleh berniaga kerr?? Kebetulan plak macam kena jerr ngan back ground kat belakang tu hee..hee.. Baju Barbie sama warna ngan pintu dapur aku...