Monday, December 22, 2008

A Call from Headhunter..

Keadaan di office sekarang ni agak membebankan kepala, its not bcoz of the mounting workload macam biasa but bcoz the lack of it. With Capex freeze for undefinite time it left me with ....how do you say..less work.

Bila dah biasa kejar masa and tiba2 you are like ok.. nak buat apa pulak lepas ni yea? so it is kinda boring. Sudahlah keadaan office yang berantakan with boxes all over the place. We are moving to Glenmarie office in January 2009.

Ok berbalik pada tajuk di atas... On wednesday last week I received a call from a vendor, he used to work with one of the vendor that i dealt with back in 2006 if I'm not mistaken. He is currenty working with a Headhunter and looking for a candidate for a post in Procurement. It is something like I do now. He is actually helping a friend who is looking for a candidate. So if I'm interested he will pass my number to his colleague. So I said why not, I can give it a try.. nothing to lose. So came a call from his fren, off I sent my CV and early this morning she called saying that the company would like to meet for an interview tomorrow. I was like, say what??? I thot we are suppose to meet first for her to brief me a bit...but since they want to interview me earlier we don't have the time to do so.

Alamak nervous jugak ni... the last interview I went was in 2001, where I currently working. So, guys wish me luck and doakan semoga I get this job tomorrow. I ingat I 'redah ajerr'..esok.

Bye for now, nanti I story about the interview plak.Ok Adios...

Monday, December 15, 2008

Najwa's Birthday Makan-makan

<
Anak2 aku ni kalau nak sambut birthday diaorang, dia punya excited lebih dari sambut raya... jadi bila tak nak buat makan2 tu rasa kesianlah pulak. Apa taknya 2-3 bulan sebelum tu lagi dok tanya dah.. Jadi nak tak nak buatlah jugak.


Najwa punya birthday kali ni memang aku not in the mood untuk masak... so aku pun masak lauk untuk makan tengahari and lebihkan quantity jerr... lepas tu jemput neighbour 2-3 orang untuk meramaikan. Menunya ialah gulai ikan masin n nenas, sambal tumis udang n petai, ayam bakar BBQ dan sayur capcai.


Untuk kek pun kali ni buat sendiri... maklumlah semenjak dua menjak belajar cc deco ni.. kemaruk nak buat cc tu belum abih lagi..





Gambar lauk pauk pakai kamera so belum upload lg..

Najwa memang excited giller nak sambut birthday, so nak taknak gagahkan jugak..kalau ikutkan hati memang malas. Semenjak demam hari tu belum recover pun lagi.

On sunday plak pergi IOI cari kelengkapan sekolah, mak oi... mahal2 nya baju.. 2 pasang baju untuk Nu'aim and dua pasang untuk Najwa dah RM200. Belum masuk beg sekolah yang harganya RM 99.90 satu.. botak kepala cam gini..

Thursday, December 11, 2008

Happy Birthday Najwa

Hari ini 11 December merupakah hari lahir anakku yang paling kecik. Najwa is 6 today. Balik kerja semalam Daddy ajak singgah IOI, katanya nak beli prseent untuk Baby..aku pun ikut jerlah.. wah kat Jusco ada sale.. bolehlah sambil menyelam minum air.

Sebelum pergi gift shop kitaorang ronda2 kat Jusco dulu..saja nak bandingkan harga.. sambil tu sempatlah aku beli souvenir untuk boss yang dah berenti tu... After that kitaorang pergi gift shop..hubby nak cari teddy bear yang besar katanya...

Balik rumah dah maghrib..Baby dah terbungkam kat sofa, kawan sampai tertidur tunggu kitaorang balik. Aku biarkan saja dia tidur....Dalam pukul 12 mlm baru kejut untuk naik atas. Member tengah mamai lagi..





Bila dah naik atas..kawan turun semula nak cakap TQ kat Daddy... pagi ni dia tanya mummy bagi apa??... Alamak

Tuesday, December 9, 2008

Demam

Never had a prolong fever or illness before, but on tuesday 2nd December it started. Mula2 batuk2 biasa..bila tengahari dah start demam. Came Night, my skin cannont be touched, perit... badan panas membara sampai terpaksa mandi untuk sejukkan badan.

Out of shower terus masuk selimut...shivering pulak..3rd and 4th Dec flat.. kerjanya baring saja..takleh buat apa. 5th Dec rasa macam dah sihat sikit... so kononnya nak pergi kerja. Dah sudah mandi segala, siap pakai baju...tiba2 pening..terpksalah lupakan hasrat nak masuk kerja.

6hb masih belum sihat sepenuhnya, tapi malamnya had to attend husband's annual dinner at Palace of Golden Horses.Menyeronokkan.

7hb, dalam tak sihat pun still need to prepare something untuk raya tomorrow. Hari ini BZ sikit, lepas hantar anak ke kelas piano tak terus pergi Giant macam kebiasaan coz aku still pening bila bawak kereta. So petang husband drop kat Giant (terpaksa bawak anak dara) sementara dia pergi hantar costume...lepas tu pergi ambik my kakak dekat Damansara.

8hb - Raya Qurban, plan nak keluar pukul 8 pagi untuk ke masjid...tapi agak kelewatan sikit sampai masjid kul 8.30 orang tengah khutbah.. rupa2nya diaorang start awal. Then patah balik ke surau dekat rumah...tak muat sampai ke luar2 beranda..pun orang tengah sembahyang. Aidil Adha Last year pun sampai masjid orang tengah khutbah..cuma bezanya last year raya di bumi US. So balik rumah after breakfast mula masak nasik..after that pack all the food untuk hantar to a friend di Transkidz....mangsa tanah runtuh.

Tapi one thing that i observed masa kita sakit, how your love ones took good care of you. Yang si kecik asyik2 dok gosok tangan...'cian mummy'...tak lepas2 cium pipi, dahi..yang tengah tak lepas2 picit/urut lutut - mummy sakit sendi. Yang sulung buat bila di suruh jerr.. Husband...every 10 minutes checked on me. Who else do you need?

Monday, December 1, 2008

What's for breakfast tomorrow??

Biasanya bila balik kerja kitaorang akan lepak2 kat sofa depan TV...(most of the activity..makan2, guling2, monopoly and baca2 pun kat sini). Tetiba Nu'aim cakap rasanya dah lama mummy tak buat pizza..(normally kalau lama tu maknanya sebulan). Alamak... macam takda mood nak masak2 plak... tapi budak ni pandai psiko.. dia " tapi kalau mummy penat, esok jerrlah"... adussss... oklah maka lepas maghrib mulalah kerah tenaga.

Mixer memang ada.. tapi kadang2 nak keluarkan malas.. kalau mixer yg kecik dia punya hook entah hilang kemana..so kita pakai kederat ajer kali ni.. Dan inilah cara2 n hasilnya..




Untuk dough pizza ni I gunakan resepi roti tapi selalunya bila dah letak dalam dulang takyah tunggu naik sampai double macam kita buat roti... and bahan2 yang di pakai tak payah nak fancy coz anak2 memang akan kutip dan buang so I only use whatever they like..macam yang ini sausage and mushroom sahaja.. sos pun takyah nak prepare teruk2 coz diorang prefer sos tomato sahaja. Untuk cheesenya I pakai cheddar n mozarella..bukannya apa nak habiskan.. cheddar ni bila simpan lama2 susah nak sagat.. dia akan hancur... jadi habiskan saja.

Masa awal2 dulu memang letak macam yang beli kat kedai tapi bila tengok diorang kutip buang so I tanya nak letak apa?? Kadang2 I akan buat bagi satu dulang sorang dough yang siap di sapu ngan sos and diaorang memang suka letak and design topping sendiri... kadang buat muka orang...kadang buat pokok. Satu lagi kalau rasa malas nak menguli boleh pakai roti pratha untuk basenya.. rasa dia macam pastry gitu and agak crispy... budak2 memang suka buat ni... Jadi I nak suggest to my fren AK untuk buat aktiviti ni...anak2 akan prefer kita punya pizza dari Hut punya.. my kids memang camtu...'mummy punya lagi sedap'...kembang hidung mummy...

Bahan2 yang diperlukan.


1. Roti Pratha - any brand will do (tapi bukan yang half cook punya)
2. Sos Tomato/cili
3. Oregano
4. sausage
5.mushroom
6.mozarella cheese

Ok... oleh kerana dah malam so I told them nanti pagi baru kita bake, tapi since ada extra so I bakar jugak sebijik... Jadi untuk breakfast esok ialah "mummy's pizza".

Saturday, November 29, 2008

How to release stress-Rev2

I've taken a half day leave yesterday. Mula2 ingat nak join my friends AK and Dory for lunch tapi AK ada training plak..so I've decided to go for...another activity that can sure lower your stress level... Shopping!!!!!! Tapi what to shop for???...(boleh ke gi shopping tapi tak tau nak beli apa??? kalau camtu window shopping namanya).

Tapi since I'm longing to buy this tudung yang cantik macam Ekin tu...so I head for Jalan TAR. Rupa2nya nak dapatkan cab on friday during Friday prayer memang mencabar...so I naik cab ke Ampang Park and took PUtra LRT to Masjid Jamek. Dah lama tak ke sini...punyalah ramai orang.

Bermacam jenis tudung yang dijual and dari semurah RM5 you can get. Cari punya cari tak jumpa... dalam tak jumpa tu I bought 5. I got some ideas on how to alter the tudung later on...sempat singgah Jakel and beli kain untuk baju sekolah anak... looking for some materials utk tudung lg...tapi tak jumpa warna yg dikehendaki.. my friend ada cerita pasal butik Arianni kat depan JAKEL..tapi tak sempat nak masuk coz dah janji ngan hubby nak jumpa kat crown plaza. So terpaksa bergegas ke LRT semula.. mak datuk punya ramai orang beratur nak beli tiket.

By the time I reached Ampang Park hubby belum abih meeting.. apa lagi... satu round lagi kat Ampang Park...tapi sebenarnya dah tak larat nak jalan coz barang dah penuh kat tangan.. so naik jejantas cross to Crown Plaza..we met @ Costume shop... Cari costume utk dinner next week.

Lepas try tiga pasang costume..I've decided on being a vampire queen. Then balik rumah..dah penat..

Selalunya for a serious shopping trip I suka pergi ngan hubby..coz kitaorang satu kepala and the most important is...of course mesti kena ada orang yang bawak barang kan..kann??? Teringat lagi masa first time pergi Jakarta (It was a shopping trip and bukannya jalan2 cari makan trip).. Sopping punya pasal sampai sandal putus and terlalu banyak jalan sampai sakit lutut...end up I berlenggang and my husband berhempas pulas ngan barang2 yang tak muat tangan....hee..hee..

Alamak kena stop dulu..Baby dah tertidur atas sofa depan TV..nanti susah nak kejut.. ok selamat malam...

Thursday, November 27, 2008

How to release stress...

Semenjak dua menjak ni my dapur asyik beasap jerr.. itu tandanya I asyik stress, and aktiviti untuk mengurangkan stress ialah masak..What if kalau masakan tu tak turn up macam yang you expect adakah stress level you bertambah????





For me jadi tak jadi belakang kira...asalkan buat, next time boleh buat lagi, and kalau sekali lagi you buat still tak jadi...maknanya resepi tu yang tak betul..hee..heeee.. Ok untuk masakan kali ini I buat Apam Indonesia resepi ekhsan dari myresipi.net. Rasanya memang lembut dan sedap..cam melt in your mouth gitu..My husband ingatkan I buat kek...dia ni memang tak berapa minat ngan kek.. bila I tanya dia nak rasa tak..dia geleng kepala...pastu mungkin dia takut I terasa hati.. so mintaklah satu piring...tup...tup..tupp licin.. Itulah belum cuba belum tau..Untuk AK, aku rasa mu kena try buat ni... semeset jerr.. and barang2nya pun senang.. selamat mencuba.
Satu lagi... boleh tak sapa2 ajar camana nak letak gambar kat tengah2 ayat bukan dekat atas jerr..Sebab kalau pakai icon yang add image tu kalau kita select kiri, kanan atau tengah dia akan dok kat atas jer. (eh..ehh.. ada ke orang melawat aku nyer blog ni???)

















Tuesday, November 25, 2008

Farewell Dear Boss


Hari ni our department buat farewell lunch untuk boss di Sari Ratu, Desa Pandan. The food is quite nice, here is where I ate my first 'ayam pop' sedap... rasanya masa pergi Padang dulu tak sesedap yang kat sini.

Sos dia tu yang buatkan ayam tu sedap. That is also why I suggested we have our farewell kat sini. Tak yah berteka-teki...me??? is in black membelakangkan kamera ya..
Tapi sedey gak.... ngan bos ni senang kerja, tak ada protokol...hee..heee..sebenarnya I yang bypass protokol tu.. kalau tak lambat kerja aku.. Anyway, he'll be leaving end of this month...waa..waaaa..
Satu lagi nak citerr... dua minggu lepas my colleague bagitau dia dapat call from Bank Rakyat yang dia dapat beli saham... alah saham koperasi yang RM500 tu.... Aku pun call jugak.. tapi dukacita dimaklumkan nama tak naik. Calling kali ini untuk orang yang register tahun 2006. Bila mintak check whether my name ada tak dalam senarai yang queue... dia kata takder... if I'm not mistaken dulu ada register utk Rm500 and RM20K.
The next day my other colleague pulak check, nama dia takder.. pastu dia saja2 mintak checkkan my name... and surprisingly kali ni ada plak... so tadi I went to Bank Rakyat dengan bangganya untuk membayar RM500.


Sunday, November 23, 2008

Sunyi...


Pagi ni rumah senyap sunyi jerr,, coz anak2 yang kecik ikut cousin dia balik Damansara and only petang nanti baru my sis hantar balik. So, after diorang left yesterday kami pun pergi ronda-ronda ke Subang Parade sambil cari2 baju untuk pergi Dinner on 6th December nanti.

Dalam dok round2 tu masuklah satu butik ni...I memang suka kat kedai ni coz baju2 dia cantik2 and kainnya memang selesa...harga kira berpatutan jugak. BTW yesterday ada 50% diskaun, apa lagi... Satu lagi baju2 yang ada kat situ reminds me of 'ROSS' masa kat US dulu... I very the like sopping kat ROSS..coz barang2nya murah and you can get everything there. I shopped my Bohemia collection pun kat situ.

You won't believe the price different kalau beli kat Mesia and kat sana., for example my Aigner handbag yang my hubby belikan for like RM2oo-RM300 and my neighbour ternampak kat KLCC exactly like mine tapi harganya RM 3000.

Opppsss. dah lari dari tajuk.. kalau citer pasal sopping ni memang my fav subject. Nanti one day kita borak pasal ni plak.. Ok sambung citer sunyi tadi plak, mula2 tak plan pun budak2 tu nak pergi Damansara so I pun rendam beras+pulut untuk wat nasi dagang for breakfast today. So, bila orang yang nak makan dah tak ramai I pun packed some for my neighbour...disebabkan minah ni tak makan tuna so I made some gulai udang for her. Mintak bibik hantarkan..rupanya dia takder kat rumah..member sedang bercuti ke Johor.. Nasi Dagang anyone?

Thursday, November 20, 2008

SleepOver


On tuesday kakak call asking for my permission to invite her friend untuk sleepover. Katanya sorang jerr... balik rumah after work tengok ada 3 orang. My kids 3, anak sedara 1 and kakak's friends 3. Macam nak terbalik rumah dibuatnya.


Bibik phening tak tau nak masak apa, coz they seems to eat non stop. So untuk breakfast yesterday I made some laksam and tengahari bibik buat nasi lemak. Sebelum maghrib semalam bibik tanya diaorang ni bila nak balik?? I said entahlah....bukan apa baju2 bersepah, kalau lambat nak balik rumah masing2 bibik nak cucikan.


Last nite my hubby bawak budak2 tu pergi main bowling, tapi terpaksa berkejar balik before 9 p.m coz dia ada 'telecon' meeting ngan office US. Since connection kat dalam bilik tak berapa elok so my hubby wat kat ruang tamu ajerr... so I bagi permission for them utk tengok TV in my room. Pukul 9.15 pm hujan turun dengan lebatnya.. I was making sausage buns and coconut filled buns for breakfast.


Pagi ni masa start kereta alangkah tensinya....one of them tak tutup cermin belakang... keta aku penuh air....tensi..tensi.. balik ni ada yang nak kena sepatah dua kata!!!!

Wednesday, November 19, 2008

What to do?????

New Management masuk macam2 perubahan akan dilakukan, lagipun company tengah 'sakit', so drastic measures akan diambik. Salah satunya all unit heads will have to go.... since my boss is on Contract so he'll be the first one to go...Huu..huuu sedey takleh nak bypass 'orang tu' dah.

But my main concern is my 'attachment job'. My company mungkin akan keluar dari Group and most probably projek ni tak jadi or I'll be attached to Group Internal Audit at my own company..camni baik takyah. HR pun takleh bagi jawapan yang pasti.

Yang pasti my boss advice untuk dpatkan that job and mintak transfer...What to do????

Monday, November 17, 2008

A need to find new cheese

Sometime during Ramadhan I went to an interview (within the group of companies).

The story.... one day I received an e-mail asking me to go for an interview which was forwarded by my HR. I was a bit confuse since I have not applied and not known of this, so I brought up the matter to my big boss. I was told then, I was selected based on my performance and only 15 were selected across the group to go for this interview.

So off I went to the interview..it went very well and the interviewer asked me when I can start ( 1 year attachment)..I said I have to discuss with my boss. After few deliberations he said he can only release me in January 2009.

That was then... and now new management came in, I don't know what happen to my 'attachment' job whether it is still on or not.. Need to check with HR...hmmm..hmm

Saturday, November 15, 2008

Gundah Gulana

Baru balik dari sopping barang dapur di Tesco tadi..Masa tengah punggah barang ke dalam keta ada satau amoi datang bagi kertas suruh bukak..I said ok, later then dia suruh bukak jugak tengok. so when i bukak ada one silver dot kat dalam kertas tu.. dia kata I dapat hadiah misteri and suruh bawak dia pergi ambik...

Since tempat tu on the way saja so kita pun pergilah... lepas bercakap and all the congratulations and everything.. rupa2nya I have to charge like few K to my credit card..bila aku pikir2 ini macam style gores dan menang jugak... Of course dapat banyak barang and to the value yang charge tu...but I'm not happy...huu..huu...

Friday, November 14, 2008

New Place







Salam,






I've created a new place today and abandon the previous one..kalau rumah tu dah haunted since my last entry was in 2006. Hari ni tetiba rasa nak berhijrah. Konon-kononnya saja nak find a place that I can paste my new found interest in cc decorating and cookindg in general...ya ke new found?? I do love cooking what???

Ok, last nite made some cc deco for my kids untuk jamuan akhir tahun. Kakak nak tema bunga, abang nak tema bola and Baby pulak nak macam abang and kakak so jadilah tema campuran...tapi bila time Baby punya tangan mummy dah naik lenguh memicit piping bag...nasib tak banyak.