Monday, May 3, 2010

Fishing

On 24th April we went fishing to 'Kolam Air Tawar Apak' nun jauh ke pedalaman Ulu Yam. Perjalanan dari rumah ke sana saj ambik masa dalam 2 jam dan kebetulan pulak perlu melalui kawasan pilihanraya kecil hulu selangor... so kiri-kanan jalan penuh dengan poster.

Kami berkonvoi 3 kereta kerana hubby tak tau jalan nak kesana eventhough ada map yang diaorang bagi, tapi kalau dah nak kena masuk ke hulu benut ni...cam cuak jugak nak ikut map.

Alkisahnya kami sampai dekat pukul 2 petang, and acara bermula pukul 2-7 petang. Nak dijadikan cerita, apa yang maerasuk aku pun tak tau belum pernah aku memancing (my kids and bapaknya 1st time fishing kat Tasik masa di US dulu). Hubby bagitau office dia anjurkan pertandingan memancing RM38 satu kepala, I said why not kita cuba.

Jadi hubby pun pinjam peralatan memanjing dengan abang ipar. Hari tersangatlah teriknya, aku plak pakai baju short sleeve, jadi balik rumah malam tu memang tan gilerr jadinya.

1st 2 hours kami cuma asyik dok pasang umpan jerr...last2 abang toke kolam datang ajar camana nak buat. Masalahnya nak pasang umpan pun aku tak reti, abang tu datang bagi tips suruh hubby gi gali cacing kat bawah pokok, dia dah letak cangkul sekali kat situ. Tak sampai 5 minit dia tinggalkan tempat tetiba joran my hubby jerk ke depan nasib baik sangkut kat batang Y jer..aku ngan orang sebelah buat stunt nak gi selamatkan joran... alhamdulillah dapatlah ikan ROHU kami yang pertama yang beratnya 1Kg +. Masa tulah cameraman datang, jadi aku pun posinglah dalam kegelian pegang ikan yang berlendir dan hanyir...

Tapi yang paling harunya aku punya joran satu ekor pun tak dapat. Baby kata dia dah doa untuk mummy dapat ikan, jadi atlast dapatlah jugak 15 minit sebelum wisel ditiup. Tapi lupa plak nak posing ngan ikan2 tangkapan coz camera tinggal dalam kereta. Jadi aku ambik gambar untuk tempek kat sini ikan yang dah kejung dan dah dibersihkan siap untuk di masak.

No comments: