Monday, June 22, 2009

Happy Birthday Aliessa

Seperti biasa saturday was a Bz day coz kena hantar anak2 ke kelas tuition and kelas Piano. Sebelum tu called up my neighbour's tanyakan bekalan dapur...still cukup ( My fren pergi umrah- tinggal anak, bibik n opah saja di rumah).

After hantar anak terus tercegat kat depan pintu..kiranya hari tu aku first customer yang masuk Giant..tengah nak bayar tetiba hujan turun dengan lebat sekali (Aku kat dalam Giant tu boleh dengar..betapa lebatnya). Aduss..haru udahlah lambat nak fetch anak dr kelas..last2 aku call hubby suruh gi ambik since aku dah stranded kat situ..

Balik dari Giant terus bancuh Chocolate moist cake..memandangkan aku punya oven cute and acuan yang aku nak pakai tinggi so aku steam saja. Sambil2 masak untuk makan tengahari. Dalam pukul 3 petang lak bake sebijik lagi kek Span untuk buat base. Aku rasa memang aku punya oven tak sesuai untuk kek span, coz everytime aku buat tak menjadi eventhough beli spongemix. Dan untuk menambahkan disaster tengah bakar tetiba blackout. Keknya msak cuma tak naik seperti yang sepatutnya. (Azam baru untuk dapatkan oven yang lagi canggih).

Pukul5 petang pergi melawat kawan bersalin anak kembar di HUKM..comel2 sungguh anak2nya, masa nak balik tu terserempak ngan Sh. Amani and Fatimah Abu Bakar, mungkin menunggu Sh. Aleya bersalin kat situ kot.

Malamnya bermulalah operasi menghias kek..

Friday, June 12, 2009

Cake Class

Hari ni aku attend class steamed Buttercream. Best betul kelas ni..There were 5 of us. Instructor pun very nice...kelas tak boring langsung and very interactive. Mungkin pesertanya mak2 orang kan..kkk..kk

Kali ni takyah cerita panjang lebar..kita tengok gambar2 jer...



Bukit Gambang Resort

Selepas habis majlis pertunangan kami anak beranak plan nak pergi bercuti ke Bukit Gambang Resort yang baru bukak early June tempoh hari. Tapi alangkah frustnyer coz on Sunday my hubby received a call from the resort yg mengatakan kami punya booking terpaksa di cancel due to power failure since friday.

Rupa2nya ada cable putus sebab takleh tampung the power load or whatever. Alamak mana nak cari hotel/resort yg kosong time2 cuti camni..Udahlah kami ambik cuti seminggu plak tu.. Selepas berbincang we have decided to menyusuri jalan dr Cherating ke Kuantan utk cari bilik kosong.

Nak cari bilik kosong ni plak ada kriterianya jugak.. kalau pool kecik my hubby tak nak.. so on monday after 3pm kami bertolak from my MIL. Malam tu call MS Garden and few other hotels semua full house. Actually 2 weeks before cuti kami dah cari resort kat Cherating tapi dah penuh. Then my hubby settle for Swiss Garden... sebelum booking tu aku come across Bukit Gambang ni.. so saja nak give it a try..lain plak jadinya.

Ok ceritanya... semua resort yg ber'bintang' fullhouse, ada resort yg tak berapa ber'bintang' kena reject...budak2 dah fed up asyik berenti tepi jalan.. atlast kami jumpa Duta Village Resort di Balok..aku kata why not give it a try..nasib agak baik ada bilik kosong @ RM 148 tp kat tingkat 2. Alamak malaslah nak panjat tangga. And luckily ada Chalet yg kosong at the same price. So, kami dok kat situ satu malam..kolam ada 2. satu air dah keruh (boleh pakai baju biasa) satu masih jernih (kena pakai swimming suit).Budak2 tak kira itu semua asal nampak air. Hubby aku geli nak masuk dia punya swimming pool and aku pun tak selesa dok bilik yg agak sempit. the kids are raedy to plunge in.. 2nd day kami menyusur lg hingga ke Kuantan...saja nak bawak anak jalan2 kat situ Nostalgia zaman sekolah mummy n daddy.

Kat Kuantan kami dapat bilik di Hyatt Regency which is 3x rate pernite dari Duta Village. Kat sini lagi horror. Check in @ 2 tapi dapat kunci @ 3.45p.m. Dahlah penat, temperature plak naik...sampaikan asst. manager yg bertugas pun takut nak pandang muka aku. Masuk bilik aku terus terbungkam kepenatan. Budak2 cam biasa dah tak sabar nak masuk kolam. Kali ni mummy n daddy join sekali.

Sebelum gi check in kami had lunch @ Taman Gelora a.k.a Teluk Sisek. Kalau kat situ kita pekena Rojak ayam. Sambil bercerita kat anak2..masa zaman sekolah dulu mummy selalu jogging dr asrama ke Teluk Sisek ataupun Teluk Chempedak. Lepas tu breakfast kat situ then bila tak larat nak jogging balik semula, naik bas (bas sekolah tunggu)balik hostel. Malamnya bawak budak2 makan di Benteng, sambil tunjuk kedai Buku Hamid Bros (wajib singgah kalau keluar ke bandar)
. Asyik mummy bercerita, daddy mencelah jugak.. jangan lupa daddy pun sekolah kat sini jugak. Tapi since zaman sekolah mummy n daddy belum couple lg so takderlah cerita 'bersama' yg boleh di kongsi.

Esoknya sebelum balik KL, kami bawak anak2 ke sekolah kami yang terchenta..

Cuti Sekolah & Musim Kenduri

Walaupun sepanjang minggu ni aku bercuti, cuma hari ini berpeluang untuk update. Sempena cuti sekolah ni ramai sungguh orang buat kenduri. Kesempatan cuti sekolah ini jugak adik ipar aku yang Bongsu and the last in the family buat Engagement on 06.06.09. Sebelum ni aku dah blog mengenai hasil keras tangan yang aku buat utk majlisnya.

Kali ini aku mengeraskan tangan lagi untuk membuat kek fondant untuk hantaran for the first time ever. Hasilnya bagi aku cukup memuaskan (memandangkan aku tak pernah tengok org buat and pandai2 sendiri saja). Konon2nya kakak ipar aku akan buat tepak sireh ngan bakul buah... end up bila balik dia tak prepare apa2 pun so kali ni semua urusan hantaran aku yg buat. so 'rredah ajerr' kita pun bukannya pandai sangat. Dan satu kebetulan yg tidak disengajakan ialah aku saja pilih warna putih & hijau tanpa tanya empunya diri apa warna temanya.

Belah perempuan pun rupanya buat tema putih dan hijau jugak..aku ni macam ada sixth sense plak ya..(It always happen between me & my hubby). Ok kat bawah ni aku tempek gambar2 hantaran. Since my MIL uzur, tak dapat ikut rombongan meminang..jadi aku jd wakil untuk sarungkan cincin.

Monday, June 1, 2009

Lunch @ TGIF

Lama sungguh tak makan kat sini... seingat aku masa zaman bercinta dulu lg. Sekarang ni TGIF dah bukak di IOI new wing, so kitaorang pun saja nak test. Lagipun anak aku nampak angkasawan kecik.. dia kata macam yang kita tengok kat NASA Space Centre dulu...

Jack Something - Chicken & Shrimp

Jack hapa ntah - Rib something, sedap and padan dengan reganya RM 50 +++
Kids serving tak ambik gambar plak.
Kali ni Baby tak nak ikut sebab ada geng dekat rumah... konon2nya dia suruh bawak kawan dia sekali... alamak tak naklah aku bawak anak orang...kebetulan plak budak2 nak tengok wayang... bila tak bagi bawak kawan dia plak tak nak ikut, lagi pun Baby ni ada angin jugak... kalau dia kata kaki dia dah penat... alamatlah.. Jadi since dia tak nak ikut so kita pun tak nak paksa.