Monday, March 30, 2009

Happy Birthday D

Semalam birthday hubby, tapi kawan bz memanjang. Sabtu dan Ahad dia terpaksa pergi office sebab ada projek nak roll out. Jadi memandangkan kereta aku pun masih bertapa di workshop so terpaksalah kitaorang buat aktiviti yang paling digemari...iaitu melingkau depan tv.

Tapi duduk saja tak buat kerja pun penat jugak..so petang sabtu tu aku buat kek..kononnya nak buat surprise, tapi kek tu memang tak nak surprisekan aku.. masa bakar bukan main lg naik sampai nak melimpah acuan.. tapi bila sejuk..dia jadi mampat plak.. tensi betul.. Tengoklah rupa kek yang sebelum di solek kat bawah ni..
Aku pun naik heran everytime buat sponge cake jadi macam tu.. tak paham betul..rasanya macam dah ikut step yang betul.. Nak kena bertanya sesapa yang pakar, apa masalahnya. Tapi oleh kerana rupa paras yang tak berapa jelita, so kita pakaikan make-up sket..jadilah macam yang kat bawah ni.. Terasa macam terlebih rajin plak..so aku pun menggentel fondant untuk buat miniature hobi suamiku.. anak2 excited gilerr bila tengok bola bowling macam marble macam daddy punya..(tapi warna tak sama ya..)Lepas buat kek, budak2 sibuk nak buat kad plak.. Masa aku dok melepa icing pada kek, anak neighbour datang..lepas makan tengahari dalam kul 2 lebih bapak dia panggil balik. Tup-tup pukul 3 datang lagi..kali ni datang bawak hajat... rupa2nya dia balik cakap ngan mama dia pasal aku punya kek. Jadi budak tu nak tempah untuk birthday dia minggu depan.. Alamak mintak maaplah ya.. aku ni masih amatur.. buat kek tu pun aku belajar dari lawatan sambil belajar ke blog2 orang yang pandai..tunggulah aku habis berguru dulu ya..

Thursday, March 19, 2009

Whatever

Kali ni malas nak pikir nak letak tajuk apa.Macam dah lama tak menulis, melawat tempat orang pun tak sempat. Macam bz sangat kat office tu ya..

Sekarang ni memang tak ada can nak berblog ataupun FB kat office, boss baru aku tu sekejap2 panggil..bila dia dah macam perasan banyak kali panggil aku, last2 dia plak datang tempat aku.

Isnin n Selasa aku cuti balik kampung ada kenduri anak sedara sepupu kat Gua Musang, kali ni hubby tak ikut sebab dia ada bowling tournament. Jadi kami balik ngan kakak n abang ipar aku. Aku hadiahkan handbag n kasut utk pengantin pompuan. Kebetulan gambar handbag tu ada dalam HP aku so bolehlah tempek kat sini. Yang bebenornya aku snap gambar tu sebab nak cari kasut warna yang sama. Masa beli handbag tu kasut takderr.. Nak cerita kisah aku cari kasut nak match ngan handbag ni..aku ni memang tak biasa sangat pergi TIME Square, sebelum ni pergi cuma kat bowling alley n makan2 jerr..so sementara tunggu hubby main bowling n lepas tu budak2 naik roller coaster , aku round satu shopping mall tu.. sampai naik lenguh kaki aku..tapi takder yang berkenan.
Esoknya macam nak sambung pencarian tapi penat hari sebelumnya belum hilang.. so ari tu aku dok kat rumah jerr..Jadi bila dah dok kat rumah aku masak2 saja.Untuk breakfast aku masak nasik himpit (Nasiknya rebus malam lagi). Untuk tengahari wat ayam bakar
Malamnya kakak aku call cakap dekat JuscoOne Utama ada shoe sale or something, so aku cakap ngan hubby berkenan ke tak aku akan beli jugak..dah tak larat nak cari..so pukul 3 petang kitaorang keluar berdua jerr..sampai sana bukan setakat kasut untuk pengantin yang aku beli tapi sorry gambar lupa nak snap..baliknya aku buat tart plak
Gambar macam tak betul plak... Macam banyak jugak aku buat so masukkan sebahagian dalam tupperware untuk bawak pergi office..tapi pagi esoknya bila aku turun tinggal 3 bijik jerr..

Sunday, March 8, 2009

Cepatnya Masa berlalu

Semenjak dua menjak ni memang bz betul kat office, balik rumah aku dah melepek kepenatan. Alhamdulillah anak2 tak banyak kerenah jadi jiwa raga aku tak adalah penat jugak.

Dah lama rasanya aku tak update blog. Banyak jugak aktiviti yang kitaorang buat sepanjang aku tak menjeguk blog ni...(macam bz kalahkan PM plak..) Aku ni kalau nak snap apa2 pakai my HP saja.. so kita check dulu ada tak gambar2 menarik yang anak aku dah upload.

Kat bawah ni masa kami ke Bagan Lalang.. my neighbour call me up one fine saturday morning since kami tak plan nak buat apa so off we went after zohor.
Yang kelakarnya my friend ni tak plan jugak...tapi masa pergi pasar borong dia ternampak grill tu..terus datang idea nak gi piknik.. Masa tu jugak she called me nak ajak join.. apa lagi...

Daddy and the kids main layang2...

Ok kena stop dulu..kalau tak nanti dapur tak berasap..