Showing posts with label Pulut. Show all posts
Showing posts with label Pulut. Show all posts

Monday, April 13, 2009

Seri Muka Durian

Ewah... rajin plak aku hari ini.. sampai 2 post sekali gus. Bukannya apa, aku nak tempekkan satu lagi kueh yang aku buat untuk breakfast this morning. Kebetulan kat rumah ada satu paket durian (3 ulas jerr) so rasa macam nak try buat seri muka plak.. walaupun ini adalah first time aku mencubanya.

Aku dapat cari resepi dari buku yang ada kat dapur tapi aku punya sukatan memang dah siap adjust untuk di muatkan dalam loyang dan steamer ku yang kiut. Loyang yang aku pakai saiz 6 @ 7 inci diameter (sorileh..agak2 jerr)

Bahan2
Lapis Bawah
2 cawan pulut
2 cawan santan cair
102 sudu teh garam

Lapis atas
3 cawan santan pekat
2/3 cawan gula perang
2/3 cawan durian ( itu ajer yang ada pun)
1/3 cawan tepung gandum
1/3 cawan tepung kastad
1 sudu makan gula pasir
1/2 sudu teh garam

Cara2
Untuk lapis bawah, rendam pulut selama 4 jam. (resepi asal takyah)
gaul semua bahan, masukkan dalam loyang yang telah di sapu minyak. Kukuskan sampai masak. Lepas tu tekan dan padatkan pulut.

Untuk lapis atas, kisarkan semua bahan (aku pakai blender jerr)dan tapiskan. Tuangkan atas pulut yang dah masak dan kukuskan 1/2 jam. Sejukkan dulu baru potong.

Untuk memudahkan kita nak keluarkan dari loyang aku telah mengimprovise cara mengukusnya. Loyang tu aku basahkan dulu, lepas tu lapikkan dengan plastik tahan panas, baru masukkan pulut.


Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba. (Perasan macam ada orang baca blog aku ni..hee..hee)

Monday, February 9, 2009

Pulut Panggang @ Pulut Lepa a.k.a Pulut Tok Ayah

Masa tengah keluarkan lauk pauk untuk masak tengahari, ada 4 ekor ikan sardin yang agak besar jugak.. kalau tak silap aku dalam 700-800g. Dok pikir nak buat apa ya ikan2 ni.. Sambil masak aku rebus ikan dulu, masa tu tak tau nak buat apa lagi. Teringat Nu'aim tanya pasal 'pulut tok ayah', so aku pun trylah buat.


Pulut panggang ni orang kelate panggil pulut lepa, tapi anak2 aku panggil pulut tok ayah sebab everytime ayah aku datang KL dia akan bawak pulut ni.. anak2 memang suka. Tapi semenjak dua tahun lepas ayah dah tak boleh travel dah uzur sangat.. jadi tak dapatlah anak2 makan pulut tok ayah lagi.. cuma waktu balik kampung saja kami tempah..
Ok untuk intinya

4 ekor ikan sardin/kembung (700-800g)
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
4 batang serai
2 sudu besar cili giling
2 sudu kecil ketumbar
100ml santan - aku pakai santan kotak saja
gula dan garam

Ikan rebus dulu ngan lengkuas and asam keping, lepas tu ambik isi dan blend kesemua bahan..(jangan tak campur air plak ya masa blend tu...nanti jem plak blender). Masukkan semua bahan dalam kuali dan kacau sampai kering...tarra.. jadilah intinya.. inti ni boleh buat macam2... untuk ,imi karipap atau mini popia pun sodap jugak...

Ok untuk pulutnya..

1kg beras pulut - rendam 4 jam
200ml santan
garam n gula

Cara nak masak pulut ni sama macam nak buat pulut kuning.. tapi semalam aku tak ada mood nak men'steam' so aku tanak saja... Bila semua dah sedia bolehlah bungkus ngan daun pisang...Masa dok bungkus tu bibik pun sibuk nak tolong..tapi dia punya gomok2..



Ok selepas bakar siap untuk dihidangkan untuk minum petang kami sekeluarga.