Monday, December 22, 2008

A Call from Headhunter..

Keadaan di office sekarang ni agak membebankan kepala, its not bcoz of the mounting workload macam biasa but bcoz the lack of it. With Capex freeze for undefinite time it left me with ....how do you say..less work.

Bila dah biasa kejar masa and tiba2 you are like ok.. nak buat apa pulak lepas ni yea? so it is kinda boring. Sudahlah keadaan office yang berantakan with boxes all over the place. We are moving to Glenmarie office in January 2009.

Ok berbalik pada tajuk di atas... On wednesday last week I received a call from a vendor, he used to work with one of the vendor that i dealt with back in 2006 if I'm not mistaken. He is currenty working with a Headhunter and looking for a candidate for a post in Procurement. It is something like I do now. He is actually helping a friend who is looking for a candidate. So if I'm interested he will pass my number to his colleague. So I said why not, I can give it a try.. nothing to lose. So came a call from his fren, off I sent my CV and early this morning she called saying that the company would like to meet for an interview tomorrow. I was like, say what??? I thot we are suppose to meet first for her to brief me a bit...but since they want to interview me earlier we don't have the time to do so.

Alamak nervous jugak ni... the last interview I went was in 2001, where I currently working. So, guys wish me luck and doakan semoga I get this job tomorrow. I ingat I 'redah ajerr'..esok.

Bye for now, nanti I story about the interview plak.Ok Adios...

Monday, December 15, 2008

Najwa's Birthday Makan-makan

<
Anak2 aku ni kalau nak sambut birthday diaorang, dia punya excited lebih dari sambut raya... jadi bila tak nak buat makan2 tu rasa kesianlah pulak. Apa taknya 2-3 bulan sebelum tu lagi dok tanya dah.. Jadi nak tak nak buatlah jugak.


Najwa punya birthday kali ni memang aku not in the mood untuk masak... so aku pun masak lauk untuk makan tengahari and lebihkan quantity jerr... lepas tu jemput neighbour 2-3 orang untuk meramaikan. Menunya ialah gulai ikan masin n nenas, sambal tumis udang n petai, ayam bakar BBQ dan sayur capcai.


Untuk kek pun kali ni buat sendiri... maklumlah semenjak dua menjak belajar cc deco ni.. kemaruk nak buat cc tu belum abih lagi..





Gambar lauk pauk pakai kamera so belum upload lg..

Najwa memang excited giller nak sambut birthday, so nak taknak gagahkan jugak..kalau ikutkan hati memang malas. Semenjak demam hari tu belum recover pun lagi.

On sunday plak pergi IOI cari kelengkapan sekolah, mak oi... mahal2 nya baju.. 2 pasang baju untuk Nu'aim and dua pasang untuk Najwa dah RM200. Belum masuk beg sekolah yang harganya RM 99.90 satu.. botak kepala cam gini..

Thursday, December 11, 2008

Happy Birthday Najwa

Hari ini 11 December merupakah hari lahir anakku yang paling kecik. Najwa is 6 today. Balik kerja semalam Daddy ajak singgah IOI, katanya nak beli prseent untuk Baby..aku pun ikut jerlah.. wah kat Jusco ada sale.. bolehlah sambil menyelam minum air.

Sebelum pergi gift shop kitaorang ronda2 kat Jusco dulu..saja nak bandingkan harga.. sambil tu sempatlah aku beli souvenir untuk boss yang dah berenti tu... After that kitaorang pergi gift shop..hubby nak cari teddy bear yang besar katanya...

Balik rumah dah maghrib..Baby dah terbungkam kat sofa, kawan sampai tertidur tunggu kitaorang balik. Aku biarkan saja dia tidur....Dalam pukul 12 mlm baru kejut untuk naik atas. Member tengah mamai lagi..





Bila dah naik atas..kawan turun semula nak cakap TQ kat Daddy... pagi ni dia tanya mummy bagi apa??... Alamak

Tuesday, December 9, 2008

Demam

Never had a prolong fever or illness before, but on tuesday 2nd December it started. Mula2 batuk2 biasa..bila tengahari dah start demam. Came Night, my skin cannont be touched, perit... badan panas membara sampai terpaksa mandi untuk sejukkan badan.

Out of shower terus masuk selimut...shivering pulak..3rd and 4th Dec flat.. kerjanya baring saja..takleh buat apa. 5th Dec rasa macam dah sihat sikit... so kononnya nak pergi kerja. Dah sudah mandi segala, siap pakai baju...tiba2 pening..terpksalah lupakan hasrat nak masuk kerja.

6hb masih belum sihat sepenuhnya, tapi malamnya had to attend husband's annual dinner at Palace of Golden Horses.Menyeronokkan.

7hb, dalam tak sihat pun still need to prepare something untuk raya tomorrow. Hari ini BZ sikit, lepas hantar anak ke kelas piano tak terus pergi Giant macam kebiasaan coz aku still pening bila bawak kereta. So petang husband drop kat Giant (terpaksa bawak anak dara) sementara dia pergi hantar costume...lepas tu pergi ambik my kakak dekat Damansara.

8hb - Raya Qurban, plan nak keluar pukul 8 pagi untuk ke masjid...tapi agak kelewatan sikit sampai masjid kul 8.30 orang tengah khutbah.. rupa2nya diaorang start awal. Then patah balik ke surau dekat rumah...tak muat sampai ke luar2 beranda..pun orang tengah sembahyang. Aidil Adha Last year pun sampai masjid orang tengah khutbah..cuma bezanya last year raya di bumi US. So balik rumah after breakfast mula masak nasik..after that pack all the food untuk hantar to a friend di Transkidz....mangsa tanah runtuh.

Tapi one thing that i observed masa kita sakit, how your love ones took good care of you. Yang si kecik asyik2 dok gosok tangan...'cian mummy'...tak lepas2 cium pipi, dahi..yang tengah tak lepas2 picit/urut lutut - mummy sakit sendi. Yang sulung buat bila di suruh jerr.. Husband...every 10 minutes checked on me. Who else do you need?

Monday, December 1, 2008

What's for breakfast tomorrow??

Biasanya bila balik kerja kitaorang akan lepak2 kat sofa depan TV...(most of the activity..makan2, guling2, monopoly and baca2 pun kat sini). Tetiba Nu'aim cakap rasanya dah lama mummy tak buat pizza..(normally kalau lama tu maknanya sebulan). Alamak... macam takda mood nak masak2 plak... tapi budak ni pandai psiko.. dia " tapi kalau mummy penat, esok jerrlah"... adussss... oklah maka lepas maghrib mulalah kerah tenaga.

Mixer memang ada.. tapi kadang2 nak keluarkan malas.. kalau mixer yg kecik dia punya hook entah hilang kemana..so kita pakai kederat ajer kali ni.. Dan inilah cara2 n hasilnya..




Untuk dough pizza ni I gunakan resepi roti tapi selalunya bila dah letak dalam dulang takyah tunggu naik sampai double macam kita buat roti... and bahan2 yang di pakai tak payah nak fancy coz anak2 memang akan kutip dan buang so I only use whatever they like..macam yang ini sausage and mushroom sahaja.. sos pun takyah nak prepare teruk2 coz diorang prefer sos tomato sahaja. Untuk cheesenya I pakai cheddar n mozarella..bukannya apa nak habiskan.. cheddar ni bila simpan lama2 susah nak sagat.. dia akan hancur... jadi habiskan saja.

Masa awal2 dulu memang letak macam yang beli kat kedai tapi bila tengok diorang kutip buang so I tanya nak letak apa?? Kadang2 I akan buat bagi satu dulang sorang dough yang siap di sapu ngan sos and diaorang memang suka letak and design topping sendiri... kadang buat muka orang...kadang buat pokok. Satu lagi kalau rasa malas nak menguli boleh pakai roti pratha untuk basenya.. rasa dia macam pastry gitu and agak crispy... budak2 memang suka buat ni... Jadi I nak suggest to my fren AK untuk buat aktiviti ni...anak2 akan prefer kita punya pizza dari Hut punya.. my kids memang camtu...'mummy punya lagi sedap'...kembang hidung mummy...

Bahan2 yang diperlukan.


1. Roti Pratha - any brand will do (tapi bukan yang half cook punya)
2. Sos Tomato/cili
3. Oregano
4. sausage
5.mushroom
6.mozarella cheese

Ok... oleh kerana dah malam so I told them nanti pagi baru kita bake, tapi since ada extra so I bakar jugak sebijik... Jadi untuk breakfast esok ialah "mummy's pizza".