Thursday, December 10, 2009

Wedding

Musim cuti sekolah memang musim orang kawin and time2 musim hujan ni memang banyak makhluk berhibernasi...(sorry draftted masa cuti sekolah, hari ni baru nak post). Oleh kerana post ni dah terlambat jadi takyah cerita-ceritilah ya.. tempek gambar jerr..

Pokok????

Pokok yang ini memang rendang cuma tak berbuah jerr... Tapi setiap hari di petik bunganya tak kira siang ataupun malam. Satu lagi memang mudah alih, sebab sekarang ni kedudukannya dah berubah sebab aku dah bosan ngan susun atur yang sebelum ini. Well that is me kalau sebelum ni ruang tamu aku tu susun atur perabotnya hanya kekal untuk 2 minggu atau sebulan saja. Tapi semenjak dua menjak kepadatan yang tinggi and 'barang' fragile yang ada jadi kalau nak ubah kena mintak tolong orang yang ber 'muscle' maka statiklah utk seketika ruang tamu aku tu...

Ok cerita pokok aku ni... asalnya oleh kerana aku punya handbag xder tempat nak diletak jadi aku terfikir untuk menggatungnya pada coat hanger. of which sudah kehabisan dahan untuk digantung memandangkan satu dahan pun sudah lebih dari satu 'bunga'nya. Well most of the handbags tu my hubby beli bila dia outstation. And ada antaranya yang belum di pakai lagi...




As of today, pokok ni terpaksa lean against the wall kerana 'akar'nya telah patah akibat beban yang terlalu berat dek 'bunga' yang lebat. Should i get another pokok???

House Warming Part 2

Kali ni betul2 house warming...My husband's officemate baru kahwin and baru naik rumah jadi dia pun menjemputlah kawan2 untuk datang makan2 (Waktu buat doa selamat tu panggil orang surau...muka tembok cam kita ni panggil untuk makan2 jer..kkk..kk)

Jadi aku pun menyibukkan diri jugak bawak buah tangan, apa yang aku reti buat jerlah ya.. and kebetulan plak dapat resepi custard kek. Cukup puas hati ngan resepi ni coz sekali buat terus jadi walaupun 'ropa' nya tak berapa cun, tapi bila sampai ke perut bary menyerlak ke'cun'annya.

Bila tengok kek tu tak berapa cun, so aku pun buatlah kek lain lak...

House Warming

Saja jer buat gempak ngan tajuk tu... bukannya apa, since dah tinggalkan rumah ni agak lama jadi kenala warm kan balik. Jadi kali ni kita tempel gambar2 jerr dulu, cerita-ceriti and resipi kendian ya...
made for my fren's VSS - dia sibuk nak kek Barbie jugak2, jadi aku pun layan jerrr..

Saturday, December 5, 2009

So Long....

Wah.. lama betul rasanya mengabaikan rumah yang satu ni.... alasan biasa yang agak klise yang everybody can think off. But one of my alasan is I don't know apa yg ter'silap' tetiba aku takleh upload gambar direct from my phone. Jadi gambar2 utk bercerita dah overflow kat dlm hp.

Kali ni pun tak berniat nak berceloteh panjang coz jap lg aku akan meneruskan perjuangan untuk house hunting lg....

My god blog ni sememangnya berhantu, once you started you will always think of something to write about. Tapi semenjak aku tak berkesempatan untuk melawat and menziarah waktu kerja so aku fikir might as well aku tak sentuh. And therefore itulah sebabnya blog aku tak berupdate.

And of course result UPSR dah keluar and alhamdulillah kakak berjaya. Tapi yang kelakarnya most of her best fren dapat camera for presents. Aku rasa diaorang dah dok pakat hint kat parents diaorang ni...She got one also. Esok nak pergi cari gitar plak (She just joint guitar class).


Chow...

Tuesday, September 8, 2009

Gundah Seorang Ibu

Hari ni.. 8/9/09 anakku yang sulung mmenduduki peperiksaan UPSR, so mommy ambik cuti untuk tugasan menghantar dan mengambik.

Aku tengok kakak ok jer.. tapi aku plak cam lebih2 gabranya, tapi kena cover jugak takut anak perasan. Semoga kakak dapat menjawab dengan baik. Berkali2 pesan jangan gopoh, usaha sudah jadi sekarang tawakkal pada Allah. Kali ni aku tak nak paksa2 dia, lagi pun baru darjah 6.

Jap lagi dah nak kena gi ambik ni... hari ni mommy jadi supir..anak2 memang suka..

Saturday, September 5, 2009

VSS

Ok inilah story nya....

2 minggu sebelum diumumkan sudah kedengaran rumours mengenai VSS, even my informer pun tak dapat mengesahkan dengan pasti masa tu..Tp aku dapat pengesahan from my boss and off course kena tutup mulut sehingga pengumuman rasmi di keluarkan.

VSS di buka selama dua minggu sahaja closed on 20/8 and sapa yang berjaya akan kerja sampai 28/8. Terlalu pantas dan mengejutkan and paling mengejutkan ialah 50% of my dept ambik and my boss release everybody. Aku telah diminta untuk tidak apply...tapi sebenarnya masa tu aku masih 50-50. Seperti biasalah janji2 manismu tu memang ada and kita tunggu dan lihat sahaja nanti.

Minggu pertama selepas kehilangan kawan2 kami tak sempat nak bersedih kerana kerja aku (kalau takder VSS pun memang tak boleh lelap malam kalau difikirkan...)yang berlambak, jerit sana jerit sini, marah orang over the phone and yang terbaru boss aku selalu terjerit panggil aku so sekarang aku dah pandai jerit balik supaya jangan kacau aku nak buat kerja.

One thing about my new boss, walaupun agak aggressive tapi atleast bila dia jerit aku boleh jerit balik. Yesterday ada budak service management mengadu pada boss dia sebab aku takleh commit date untuk SDH delivery and boss dia suruh cakap sendiri ngan boss aku. Boss aku plak memandai commit(without checking) of which aku marah dia and told him that aku tak suka dia interfere. Let me do my job.

A day before that takleh tidur malam memikirkan aku punya kerja tak settle, satu tender berniali jutaan belum habis evaluation and next week plak aku kena cuti...anak nak exam. Alangkah baiknya kalau ambik VSS dok rumah saja kan???? Tapi rasanya aku belum bersedia untuk duduk rumah saja. VSS ni bukan rezeki aku.. Kalau apply pun kena reject jugakk, jadi terima sajalah..

Akan datang...story yang lagi menarik...Ada orang kena tutup rezeki...

Sunday, August 16, 2009

Got Story.....

Wah!! lama betul tak bercerita... macam bz konon...BZ memang tetap BZ balik kerja kepala memang berat. Tp setakat ni aku boleh pejam mata lg bila balik rumah.

Hujung bulan ni got story morry....buat masa sekarang remain confidential...

Monday, June 22, 2009

Happy Birthday Aliessa

Seperti biasa saturday was a Bz day coz kena hantar anak2 ke kelas tuition and kelas Piano. Sebelum tu called up my neighbour's tanyakan bekalan dapur...still cukup ( My fren pergi umrah- tinggal anak, bibik n opah saja di rumah).

After hantar anak terus tercegat kat depan pintu..kiranya hari tu aku first customer yang masuk Giant..tengah nak bayar tetiba hujan turun dengan lebat sekali (Aku kat dalam Giant tu boleh dengar..betapa lebatnya). Aduss..haru udahlah lambat nak fetch anak dr kelas..last2 aku call hubby suruh gi ambik since aku dah stranded kat situ..

Balik dari Giant terus bancuh Chocolate moist cake..memandangkan aku punya oven cute and acuan yang aku nak pakai tinggi so aku steam saja. Sambil2 masak untuk makan tengahari. Dalam pukul 3 petang lak bake sebijik lagi kek Span untuk buat base. Aku rasa memang aku punya oven tak sesuai untuk kek span, coz everytime aku buat tak menjadi eventhough beli spongemix. Dan untuk menambahkan disaster tengah bakar tetiba blackout. Keknya msak cuma tak naik seperti yang sepatutnya. (Azam baru untuk dapatkan oven yang lagi canggih).

Pukul5 petang pergi melawat kawan bersalin anak kembar di HUKM..comel2 sungguh anak2nya, masa nak balik tu terserempak ngan Sh. Amani and Fatimah Abu Bakar, mungkin menunggu Sh. Aleya bersalin kat situ kot.

Malamnya bermulalah operasi menghias kek..

Friday, June 12, 2009

Cake Class

Hari ni aku attend class steamed Buttercream. Best betul kelas ni..There were 5 of us. Instructor pun very nice...kelas tak boring langsung and very interactive. Mungkin pesertanya mak2 orang kan..kkk..kk

Kali ni takyah cerita panjang lebar..kita tengok gambar2 jer...



Bukit Gambang Resort

Selepas habis majlis pertunangan kami anak beranak plan nak pergi bercuti ke Bukit Gambang Resort yang baru bukak early June tempoh hari. Tapi alangkah frustnyer coz on Sunday my hubby received a call from the resort yg mengatakan kami punya booking terpaksa di cancel due to power failure since friday.

Rupa2nya ada cable putus sebab takleh tampung the power load or whatever. Alamak mana nak cari hotel/resort yg kosong time2 cuti camni..Udahlah kami ambik cuti seminggu plak tu.. Selepas berbincang we have decided to menyusuri jalan dr Cherating ke Kuantan utk cari bilik kosong.

Nak cari bilik kosong ni plak ada kriterianya jugak.. kalau pool kecik my hubby tak nak.. so on monday after 3pm kami bertolak from my MIL. Malam tu call MS Garden and few other hotels semua full house. Actually 2 weeks before cuti kami dah cari resort kat Cherating tapi dah penuh. Then my hubby settle for Swiss Garden... sebelum booking tu aku come across Bukit Gambang ni.. so saja nak give it a try..lain plak jadinya.

Ok ceritanya... semua resort yg ber'bintang' fullhouse, ada resort yg tak berapa ber'bintang' kena reject...budak2 dah fed up asyik berenti tepi jalan.. atlast kami jumpa Duta Village Resort di Balok..aku kata why not give it a try..nasib agak baik ada bilik kosong @ RM 148 tp kat tingkat 2. Alamak malaslah nak panjat tangga. And luckily ada Chalet yg kosong at the same price. So, kami dok kat situ satu malam..kolam ada 2. satu air dah keruh (boleh pakai baju biasa) satu masih jernih (kena pakai swimming suit).Budak2 tak kira itu semua asal nampak air. Hubby aku geli nak masuk dia punya swimming pool and aku pun tak selesa dok bilik yg agak sempit. the kids are raedy to plunge in.. 2nd day kami menyusur lg hingga ke Kuantan...saja nak bawak anak jalan2 kat situ Nostalgia zaman sekolah mummy n daddy.

Kat Kuantan kami dapat bilik di Hyatt Regency which is 3x rate pernite dari Duta Village. Kat sini lagi horror. Check in @ 2 tapi dapat kunci @ 3.45p.m. Dahlah penat, temperature plak naik...sampaikan asst. manager yg bertugas pun takut nak pandang muka aku. Masuk bilik aku terus terbungkam kepenatan. Budak2 cam biasa dah tak sabar nak masuk kolam. Kali ni mummy n daddy join sekali.

Sebelum gi check in kami had lunch @ Taman Gelora a.k.a Teluk Sisek. Kalau kat situ kita pekena Rojak ayam. Sambil bercerita kat anak2..masa zaman sekolah dulu mummy selalu jogging dr asrama ke Teluk Sisek ataupun Teluk Chempedak. Lepas tu breakfast kat situ then bila tak larat nak jogging balik semula, naik bas (bas sekolah tunggu)balik hostel. Malamnya bawak budak2 makan di Benteng, sambil tunjuk kedai Buku Hamid Bros (wajib singgah kalau keluar ke bandar)
. Asyik mummy bercerita, daddy mencelah jugak.. jangan lupa daddy pun sekolah kat sini jugak. Tapi since zaman sekolah mummy n daddy belum couple lg so takderlah cerita 'bersama' yg boleh di kongsi.

Esoknya sebelum balik KL, kami bawak anak2 ke sekolah kami yang terchenta..

Cuti Sekolah & Musim Kenduri

Walaupun sepanjang minggu ni aku bercuti, cuma hari ini berpeluang untuk update. Sempena cuti sekolah ni ramai sungguh orang buat kenduri. Kesempatan cuti sekolah ini jugak adik ipar aku yang Bongsu and the last in the family buat Engagement on 06.06.09. Sebelum ni aku dah blog mengenai hasil keras tangan yang aku buat utk majlisnya.

Kali ini aku mengeraskan tangan lagi untuk membuat kek fondant untuk hantaran for the first time ever. Hasilnya bagi aku cukup memuaskan (memandangkan aku tak pernah tengok org buat and pandai2 sendiri saja). Konon2nya kakak ipar aku akan buat tepak sireh ngan bakul buah... end up bila balik dia tak prepare apa2 pun so kali ni semua urusan hantaran aku yg buat. so 'rredah ajerr' kita pun bukannya pandai sangat. Dan satu kebetulan yg tidak disengajakan ialah aku saja pilih warna putih & hijau tanpa tanya empunya diri apa warna temanya.

Belah perempuan pun rupanya buat tema putih dan hijau jugak..aku ni macam ada sixth sense plak ya..(It always happen between me & my hubby). Ok kat bawah ni aku tempek gambar2 hantaran. Since my MIL uzur, tak dapat ikut rombongan meminang..jadi aku jd wakil untuk sarungkan cincin.

Monday, June 1, 2009

Lunch @ TGIF

Lama sungguh tak makan kat sini... seingat aku masa zaman bercinta dulu lg. Sekarang ni TGIF dah bukak di IOI new wing, so kitaorang pun saja nak test. Lagipun anak aku nampak angkasawan kecik.. dia kata macam yang kita tengok kat NASA Space Centre dulu...

Jack Something - Chicken & Shrimp

Jack hapa ntah - Rib something, sedap and padan dengan reganya RM 50 +++
Kids serving tak ambik gambar plak.
Kali ni Baby tak nak ikut sebab ada geng dekat rumah... konon2nya dia suruh bawak kawan dia sekali... alamak tak naklah aku bawak anak orang...kebetulan plak budak2 nak tengok wayang... bila tak bagi bawak kawan dia plak tak nak ikut, lagi pun Baby ni ada angin jugak... kalau dia kata kaki dia dah penat... alamatlah.. Jadi since dia tak nak ikut so kita pun tak nak paksa.

Wednesday, May 27, 2009

Teman's Farewell

Hari ni aku nak citerr pasal farewell lg..(Bilalah agaknya aku nak blog pasal HAKU punya farewell??). Kali ni pasal kawan yang dulunya satu opis ngan aku lepas tu join aku punya vendor/supplier and sekarang ni dah nak joint telco lain plak...

Murah rezeki betul..(Kengkawan tolong doakan aku dapat kerja lain jugak ya....tensi gilerr ni). Aku keluar dari opis kul 12.30, masa kat keta my fren cakap bos cari..tapi sebab aku tensi so aku buat selamba bodoh jerlah.. Balik makan aku terus pergi solat, lepas tu terus cabut pergi meeting. Kebetulan plak meeting abis kul 5 lebih, aku terus balik rumah.

Yang bebenornya aku mengamuk masa meeting ngan vendor semalam sampaikan bos aku pun terkezut badak..(kawan2 tolong doakan hubby aku kena g posting obersi lg kerr.. jadi takyahlah aku kerja..hee..hee). Nak lepaskan perasaan kat sini pun macam risau jugak,takut2 ada yg mengenali...jadi aku tapis2 ajerlah ya..(Dah lari dari tajuk ni).

Ok, masa lunch tadi aku makan Chicken Cordon Bleu yang rasanya kalau kat kedai makan yang bayar tak sampai 10 henggit sepinggan lagi best.. sampai malam terasa dia punya cheese yang tak sedap kat tekak. Nak makan pun dah tak lalu..baru flush ngan slurpee tadi.. tapi air2nya agak menarik. Iced latte Mocha

Iced latte dia apit oleh Pink guava and orang juices
Rib eye

Monday, May 25, 2009

Keras Tangan

Hari sabtu minggu lepas aku ngan hubby pergi masjid India/Jalan TAR cari bunga and riben...untuk buat kelengkapan hantaran pertunangan adik ipar aku. Wah meriah sungguh kat situ ya...dengan tudung2 yang murah and bermacam2 jenis. Naik juling mata aku.

Mula2 kami menuju ke Sin Yin di semua House untuk cari riben n sambil2 meninjau2 apa yang cantik. Lepas tu macam nak cari bunga kat luar... deret sebelah Mydin...dan alangkah terkezut..takder satu pun kedai yang jual bunga kat situ..rupa2nya lama betul kitaorang dah tak pergi sampaikan kedai bunga dah jadi kedai baju pun kitaorang tak tau.. Malas nak patah balik ke Semua House, sib baik ada satu kedai apek kat sebelah kedai emas tu jual bunga n barang2 hantaran. Tapi bunga2 kecik takder.. memang dah malas nak cari kedai lain sebenarnya... so hubby tunggu kat depan sementara aku masuk Mydin kot2 ada jual bunga kat dalam tu.. memang betul pun ada and yang membuatkan aku hangi ialah setangkai daun yang aku beli kat kedai apek tu reganya RM1.70 and the exact daun kat Mydin reganya RM 0.70 sahaja. ped up betul...

Dah beli tu terus balik coz bapaknya janji ngan budak2 nak tengok Night @ Muzium2, tapi coz dah terlambat and tau jerlah budak2 kalau dah janji kena pergi jugak... maklumlah rumah aku tu seperlaungan jer ngan IOI..end up diorang tengok Monster vs Aliens. Janji lg... nak tengok Night @ Muzium2 next day... Jadi keesokkan harinya kami pun pergilah pukul 4 (nak tengok show kul 4.30) tup2 tiket dah abis, kena tunggu show kul 6.45, tak kuasa aku..kakak plak nak tengok citer Syurga Cinta ke apa tajuknya tapi Nu'aim taknak tengok..last2 bagi dua. Aku ngan Nu'aim ronda2 n yang lain tengok wayang. Patutlah Nu'aim takder mood, dalam dok ronda tu.. badan dia panas...demamlah plak anak aku ni...Hari senin tu dua2 anak demam.. jadi malam tu bilik aku jadi sick bay..aduss phening betullll... anyway, kat bawah ni aku tempekkan hasil kerastangan untuk hantaran adik ipar aku..




38 alleady....


Last friday I turned 38 maa... alamak banyaknya nos tu.. tapi rasa macam muda lagi..Tapi kali ni tak dapat hadiah..hhuhhuu...dapat kek jerr.. nasib baik dia ingat kan..

Tapi cerita pasal kek ni kelakar jugak.. Ari jumaat tu hubby sms kata dia balik lambat ada bowling, aku ok ajer..masa naik mandi maghrib tu... rasa macam malas nak turun bawah, so lepak2 kat atas sambil tunggu isyak.. tup2 anak teruna masuk bilik.. bagitau Daddy dah balik..Aku pun buat no hal jerr... dia turun... time aku sembahyang isyak dia masuk lagi... melangut kat atas katil.. Lepas dah baca doa segala.. dia ajak turun.. aku suruh dia turun dulu... tapi dari dalam bilik aku boleh dengar dia punya kelam kelibut cakap ngan Daddy suruh pasang lilin..OOO.. ada surprise rupanya.. And today plak 25th May is our 13th Anniversary...

Monday, May 18, 2009

16th May - Happy Teacher's Day

Every year time macam ni mak2 akan mati kutu tak tau nak bagi apa untuk cikgu2. Mungkin mak2 lain ok kot.. aku jer yang sedikit tak tau nak bagi apa.

Yalah banyak kriteria yang nak kena pikir coz cikgu bukan sorang dua, lepas tu tiga2 anak dah sekolah. Peruntukkan mesti lebih....anak sulung request untuk bagi apple dip in coklat lagi... last year dah bagi itu takkan tahun ni nak buat benda tu lagi... tapi kata kakak cikgu dia memang request benda tu... tapi di sebabkan tahun ni mummy dah pandai buat cuppies, so cuppieslah yang kita bagi.


Selalunya time pegang piping beg tu aku memang takder idea nak buat deco camana. And selalunya idea tu datang spontan bila dan letak bunga sekuntum-dua.

Thursday, May 14, 2009

Berhenti kerja

Dalam keadaan negara yang dalam krisis ekonomi, company aku pun terkena ada jugak krisisnya. Tapi krisis yang berlaku aku rasa takderlah disebabkan kelembapan ekonomi coz memang dah bermasalah dari awal lagi.

Tapi aku rasa we are going toward the better, coz the numbers that kita dah achieve nampak memberangsangkan.

Tapi ramai jugak yang tak confident, maka ramailah jugak yang dah tender hari ini sahaja yang aku tau ada 3 are leaving. So, yesterday aku buat farewell cuppies untuk one of them Apsal aku punya gambar senget ni.. nampak gayanya aku takleh nak ambik gambar melintang..walaupun dah rotate tetap jadi camtu jugak..
Yang dalam dulang tu bawak untuk kawan2 kat office.

Sebenarnya aku nak berexperimentasi ngan warna, so alhamdulillah jadi jugak turqoise yang aku nak tu... tapi icingnya aku try resepi baru yang kononnya can be used for both covering and decorating...tapi lembik sangat dan takleh nak buat bunga... tapi rasanya ok, manis memang kurang.

Tuesday, May 12, 2009

Baby's favourite spot

Kali ni aku nak citer pasal anak bongsu aku.

Anak2 aku semenjak dari kecik lagi aku dah setkan waktu tidur ialah pukul 9 malam. Cuma sekarang ni kakak sorang saja yang selalu terlajak coz dua kali seminggu ada tuition and pukul 10 malam baru habis. Hari lain memang dioarang akan tidur awal, kecuali aku bagi kelonggaran untuk weekend sahaja.

Tapi anak aku yang montel(macam mak dia) ni..memang macamana pun akan tunggu bapak dia balik baru naik atas. Jadi selalunya sebelum pukul 9 dah terlena kat dia punya fav spot....iaitu atas sofa depan TV.

well...she is our 'bundle' of joy...