Monday, December 1, 2008

What's for breakfast tomorrow??

Biasanya bila balik kerja kitaorang akan lepak2 kat sofa depan TV...(most of the activity..makan2, guling2, monopoly and baca2 pun kat sini). Tetiba Nu'aim cakap rasanya dah lama mummy tak buat pizza..(normally kalau lama tu maknanya sebulan). Alamak... macam takda mood nak masak2 plak... tapi budak ni pandai psiko.. dia " tapi kalau mummy penat, esok jerrlah"... adussss... oklah maka lepas maghrib mulalah kerah tenaga.

Mixer memang ada.. tapi kadang2 nak keluarkan malas.. kalau mixer yg kecik dia punya hook entah hilang kemana..so kita pakai kederat ajer kali ni.. Dan inilah cara2 n hasilnya..




Untuk dough pizza ni I gunakan resepi roti tapi selalunya bila dah letak dalam dulang takyah tunggu naik sampai double macam kita buat roti... and bahan2 yang di pakai tak payah nak fancy coz anak2 memang akan kutip dan buang so I only use whatever they like..macam yang ini sausage and mushroom sahaja.. sos pun takyah nak prepare teruk2 coz diorang prefer sos tomato sahaja. Untuk cheesenya I pakai cheddar n mozarella..bukannya apa nak habiskan.. cheddar ni bila simpan lama2 susah nak sagat.. dia akan hancur... jadi habiskan saja.

Masa awal2 dulu memang letak macam yang beli kat kedai tapi bila tengok diorang kutip buang so I tanya nak letak apa?? Kadang2 I akan buat bagi satu dulang sorang dough yang siap di sapu ngan sos and diaorang memang suka letak and design topping sendiri... kadang buat muka orang...kadang buat pokok. Satu lagi kalau rasa malas nak menguli boleh pakai roti pratha untuk basenya.. rasa dia macam pastry gitu and agak crispy... budak2 memang suka buat ni... Jadi I nak suggest to my fren AK untuk buat aktiviti ni...anak2 akan prefer kita punya pizza dari Hut punya.. my kids memang camtu...'mummy punya lagi sedap'...kembang hidung mummy...

Bahan2 yang diperlukan.


1. Roti Pratha - any brand will do (tapi bukan yang half cook punya)
2. Sos Tomato/cili
3. Oregano
4. sausage
5.mushroom
6.mozarella cheese

Ok... oleh kerana dah malam so I told them nanti pagi baru kita bake, tapi since ada extra so I bakar jugak sebijik... Jadi untuk breakfast esok ialah "mummy's pizza".

3 comments:

IKHWANI said...

OO pun rajing guno pratha ni buak pizza, wak puff pung guno pratha jugok...kes nok cepak!

kemarin si Faris tengok iklan dalam TV ada iklan pasta...kejap2 tu jugok..ummi, abg tengok pasta ni sedaaaap, bila ummi nak masak??? hmmmm...asal tengok dalae TV jah, sound ko ummi! mako kemaring makae lah pasta carbonara. Kalu beli di luar, kat Resepi Rahsio tu rm18.00 ko sepinggae..kalu buak dumoh, modal tok sapa banyok tu buleh makae anok branok.

p/s: anok2 memae panda jek mommy..nati buleh makae lagi :p

Eramli said...

Bahagie jek no1...kalu pasta demo tu prefer sup...jadi kita ni kenalah ikut selera anak2.

Tapi betullah OO kalu masok sedighi banyok jimat..

aduskirana said...

anak2 aku tekak kapung sikit. pasta2 ni tak berapo laku dumoh ni. piza pun ala kadar jah make. mok hok make banyok... hehe