Friday, June 12, 2009

Cuti Sekolah & Musim Kenduri

Walaupun sepanjang minggu ni aku bercuti, cuma hari ini berpeluang untuk update. Sempena cuti sekolah ni ramai sungguh orang buat kenduri. Kesempatan cuti sekolah ini jugak adik ipar aku yang Bongsu and the last in the family buat Engagement on 06.06.09. Sebelum ni aku dah blog mengenai hasil keras tangan yang aku buat utk majlisnya.

Kali ini aku mengeraskan tangan lagi untuk membuat kek fondant untuk hantaran for the first time ever. Hasilnya bagi aku cukup memuaskan (memandangkan aku tak pernah tengok org buat and pandai2 sendiri saja). Konon2nya kakak ipar aku akan buat tepak sireh ngan bakul buah... end up bila balik dia tak prepare apa2 pun so kali ni semua urusan hantaran aku yg buat. so 'rredah ajerr' kita pun bukannya pandai sangat. Dan satu kebetulan yg tidak disengajakan ialah aku saja pilih warna putih & hijau tanpa tanya empunya diri apa warna temanya.

Belah perempuan pun rupanya buat tema putih dan hijau jugak..aku ni macam ada sixth sense plak ya..(It always happen between me & my hubby). Ok kat bawah ni aku tempek gambar2 hantaran. Since my MIL uzur, tak dapat ikut rombongan meminang..jadi aku jd wakil untuk sarungkan cincin.

No comments: