Wednesday, February 4, 2009

Stress

Rasanya macam dah berkali2 aku blog pasal stress... kali ni stress aku bukan sebab kerja tapi sebab Traffic.

Semenjak Office di pindahkan ke Shah Alam aku terpaksa melalui tol Sunway yang sememangnya jem semenjak azali.. pagi2 lagi aku dah tensi.. kalau masa kerja di Jalan Tun Razak dulu aku keluar rumah pukul 7.30 pagi sampai office before 8.15 tapi semenjak dua minggu lepas aku keluar rumah between 7 to 7.10 reach office around 8 a.m. Kalau keluar 5 minit lewat aku akan stuck dekat tol Sunway lagi lama.

Tadi konon2nya aku nak cuba jalan lain plak.. end up aku sesat terlepas ke simpang, bayar extra tol tapi sampai lebih kurang jugak... tensi-tensi. A\\

Dan seperti biasa bila aku tensi aku kena destress... semalam sambil dok layan spa Q aku sempat menguli roti...hari ni plak aku buat 'Akok kkedut'...first time buat jadi ada trial and error.. Aku dapat resepi dari Net tapi dalam tu tak cakap plak bakar api bawah saja atau both.. jadi first round aku bakar api bawah saja so bahagian atas tu tak berapa cantik..2nd batch aku bakar both side...kkedduttt you...baru jadi..tapi timing less so warna tak berapa cantik..3rd time lebihkan 5 minit...perfect.. Cuma nanti nak kena edit. nnisse perlu dikurangkan. Rupa2nya senang jerr nak buat akok ni ya...


yummy...sebenarnya tak terfikir pun nak buat akok ni..ceritanya anak lelaki aku memang suka makan akok.. kebetulan bila kitaorang balik dari bercuti tahun lepas ada Pasar Tani baru di bukak di kawasan Taman kami.. Ada orang jual akok..tapi selepas puasa tahun lepas orang tu dah tak berniaga.. Jadi every time aku balik kerja hari Khamis dia akan tanya pasal akok.. aku cakaplah orang tu dah tak berniaga kat situ lagi.. So dia pun bagi suggestion why not mummy yang buat sendiri.. alamak mummy pun rasa tercabar so hari ni terhasillah...tq pada yang menyumbangkan resepi..Tapi anak teruna aku dah tidur so dia belum rasa lagi..Bolehlah buat bekal ke sekolah esok.

1 comment:

aduskirana said...

wah...bestnyo... aku takdok acuan la.. hari tu aku tera guna sandwich maker. tapi tak come sangat... resepi hok mano ni? share deh...

akok kkedut... AK haha