Thursday, March 19, 2009

Whatever

Kali ni malas nak pikir nak letak tajuk apa.Macam dah lama tak menulis, melawat tempat orang pun tak sempat. Macam bz sangat kat office tu ya..

Sekarang ni memang tak ada can nak berblog ataupun FB kat office, boss baru aku tu sekejap2 panggil..bila dia dah macam perasan banyak kali panggil aku, last2 dia plak datang tempat aku.

Isnin n Selasa aku cuti balik kampung ada kenduri anak sedara sepupu kat Gua Musang, kali ni hubby tak ikut sebab dia ada bowling tournament. Jadi kami balik ngan kakak n abang ipar aku. Aku hadiahkan handbag n kasut utk pengantin pompuan. Kebetulan gambar handbag tu ada dalam HP aku so bolehlah tempek kat sini. Yang bebenornya aku snap gambar tu sebab nak cari kasut warna yang sama. Masa beli handbag tu kasut takderr.. Nak cerita kisah aku cari kasut nak match ngan handbag ni..aku ni memang tak biasa sangat pergi TIME Square, sebelum ni pergi cuma kat bowling alley n makan2 jerr..so sementara tunggu hubby main bowling n lepas tu budak2 naik roller coaster , aku round satu shopping mall tu.. sampai naik lenguh kaki aku..tapi takder yang berkenan.
Esoknya macam nak sambung pencarian tapi penat hari sebelumnya belum hilang.. so ari tu aku dok kat rumah jerr..Jadi bila dah dok kat rumah aku masak2 saja.Untuk breakfast aku masak nasik himpit (Nasiknya rebus malam lagi). Untuk tengahari wat ayam bakar
Malamnya kakak aku call cakap dekat JuscoOne Utama ada shoe sale or something, so aku cakap ngan hubby berkenan ke tak aku akan beli jugak..dah tak larat nak cari..so pukul 3 petang kitaorang keluar berdua jerr..sampai sana bukan setakat kasut untuk pengantin yang aku beli tapi sorry gambar lupa nak snap..baliknya aku buat tart plak
Gambar macam tak betul plak... Macam banyak jugak aku buat so masukkan sebahagian dalam tupperware untuk bawak pergi office..tapi pagi esoknya bila aku turun tinggal 3 bijik jerr..

No comments: