Monday, March 30, 2009

Happy Birthday D

Semalam birthday hubby, tapi kawan bz memanjang. Sabtu dan Ahad dia terpaksa pergi office sebab ada projek nak roll out. Jadi memandangkan kereta aku pun masih bertapa di workshop so terpaksalah kitaorang buat aktiviti yang paling digemari...iaitu melingkau depan tv.

Tapi duduk saja tak buat kerja pun penat jugak..so petang sabtu tu aku buat kek..kononnya nak buat surprise, tapi kek tu memang tak nak surprisekan aku.. masa bakar bukan main lg naik sampai nak melimpah acuan.. tapi bila sejuk..dia jadi mampat plak.. tensi betul.. Tengoklah rupa kek yang sebelum di solek kat bawah ni..
Aku pun naik heran everytime buat sponge cake jadi macam tu.. tak paham betul..rasanya macam dah ikut step yang betul.. Nak kena bertanya sesapa yang pakar, apa masalahnya. Tapi oleh kerana rupa paras yang tak berapa jelita, so kita pakaikan make-up sket..jadilah macam yang kat bawah ni.. Terasa macam terlebih rajin plak..so aku pun menggentel fondant untuk buat miniature hobi suamiku.. anak2 excited gilerr bila tengok bola bowling macam marble macam daddy punya..(tapi warna tak sama ya..)Lepas buat kek, budak2 sibuk nak buat kad plak.. Masa aku dok melepa icing pada kek, anak neighbour datang..lepas makan tengahari dalam kul 2 lebih bapak dia panggil balik. Tup-tup pukul 3 datang lagi..kali ni datang bawak hajat... rupa2nya dia balik cakap ngan mama dia pasal aku punya kek. Jadi budak tu nak tempah untuk birthday dia minggu depan.. Alamak mintak maaplah ya.. aku ni masih amatur.. buat kek tu pun aku belajar dari lawatan sambil belajar ke blog2 orang yang pandai..tunggulah aku habis berguru dulu ya..

3 comments:

zarin said...

happy birthday to your hubby

p/s
nak tanya, camner u buat fondant tuh? teringin nk buat tp tatau..heee

IKHWANI said...

happy birthday daddy!

lawa make up kek tu! tok expert pasal kek laa..acu tanyo icuk!

Eramli said...

Zarin, I beli yang segera jerr...

OO, sebenarnya ter pk nak tanya Icuk gak.. kemarin tinggal comment kat Wani's tapi tak berjaya di post.. dua kali tulis..last2 give up.