Thursday, January 1, 2009

January 1st 2009

Happy New Year all...

Alhamdulillah kita dipanjangkan umur utk menyambut tahun baru Hijrah 1430 and tahun 2009. Tahun baru dah menjengah tapi rasanya kita ni still di takuk lama. Aku memang tak ada azam baru pun sebabnya kalau berazam saja tapi usaha ke arah itu tak ada buat apa kan.

Jadi aku rasa sempena tahun baru ni aku nak mohon pada tuhan untuk mendapat keberkatan dalam apa jua yang kita buat, semoga keluarga sihat sejahtera , mendapat rezeki yang diberkati, dipermudahkan urusan, semoga di bukakan pintu hati dan lebih medekati diriNYA.

Sehari dua ni agak bz sikit, sementelah baru balik dari kampung. Cuti krismas sampai Maal Hijrah kami sekeluarga balik kampung melawat mak dan ayah yang uzur. Alhamdulillah mak dah sihat sikit dan boleh jalan2 keliling rumah. Ayah pulak cuma perlu di tarik/ampu untuk bangun dan urusan lain seperti kebilik air dia masih boleh melakukan sendiri. Sembahyangnya dikerusi saja...jadi sentiasa ada dua kerusi di sebelah katilnya.

Balik dari kampung aku sibuk menguruskan keperluan sekolah anak2. Pergi sekolah beli buku2, ambik buku teks. Tudung sekolah anak2 perempuan semuanya dah siap berjahit..jahit lencana and everything. cuma yang belum habis lagi ialah balut buku. Since kakak dah masuk tahun 6 jadi dia dah boleh uruskan buku sendiri.. cuma yang dua orang tu saja semua kita yang nak kena buat.

Esok orientasi darjah 1... tadi Baby dah cuba2 baju sekolah, aku saja beli besar sikit hopefully bertahanlah sampai ke hujung tahun.

No comments: