Friday, April 24, 2009

Book Fair

Last saturday we went to International Book Fair dekat PWTC. Oleh kerana hubby tak nak phening2kan kepala cari parking so we decided untuk naik LRT dari Bukit Jalil. anak2 bukan main excited lagi.. bukan sebab nak pergi PWTC tapi sebab nak naik train. Kesian anak2 aku. Masa kita kecik2 dulu kalau jalan2 naik kereta bukan main lagi ambik angin keluarkan kepala dari tingkap, tapi budak2 sekarang ni dah terbalik jadinya..kalau naik train atau bas bukan main thrill lagi..

Sampai sana terus masuk.. mak oii ramai sungguh pengunjung sampaikan nak menapak pun susah. Dah masuk dalam Baby plak buat hal.. sakit perut....nak berak. Yang paling kelakarnya, toilet kat sana kan dia punya air keluar dari bidet.. Yang kawan ni tak reti nak cuci.. di bantainya pakai toilet roll. Aku cakap ngan dia kat Malaysia semua toilet ada air, jadi pakailah air. Tau apa dia jawab.. sorrylah mummy kita ingatkan dekat US...apalah anak aku yang sorang ni...Masa kat sana pun aku siap bawak botol kecik atau pun paper cup untuk ambik air dari sink sebelum masuk toilet.. mat Saleh tengok pun pelik..

Pergi sana pun dalam sejam jer... dah dapat 4-5 bijik sorang, terus balik.

No comments: