Monday, April 13, 2009

Kek Lapis Limau Purut

Hari sabtu selalunya hari yang bz bagi aku, coz selalunya weekend husband aku memang bangun lambat. Jadi aku akan hantar anak2 ke kelas piano dan tuition. Kebetulan plak sabtu lepas sekolah sepatutnya ada kelas ganti.. so aku dah arrange ngan cikgu piano untuk buat double lesson minggu ni.. tup2 sekolah ganti cancel. Cuma kakak jerr kena pergi sekolah untuk tuition.

So, lepas hantar kakak ke sekolah, lepak2 kat rumah jap lepas tu pergi Giant beli barang dapur. Dalam dok belek2 bahagian sayuran kat Giant Kinrara tu..aku tengoklah mak oiii.. bunga kantan 1 batang reganya RM 1.69.Ingatkan nak cari petai wat masak sambal tumis udang...tapi cam tak cantik jerr..dalam dok telek petai tu aku ternampak limau purut. 3 biji RM 2.20 saiznya sebesar duit syiling 20sen.Cuba kalau kat kampung, benda2 ni kalau takda kat kebun sendiri mintak ngan jiran2 jerr..(Memang kebun mak aku tak ada benda2 tu..hee..hee).

Teringat minggu lepas aku ada melawat blog yang ada tulis resepi kek lapis limau purut. Macam nak cuba jerr..so, malamnya sambil2 dok tengok Akedemi Fantasia aku pun menjalankan operasi. Kebetulan plak malam tu anak teruna aku ajak buat sleepover ada dua orang kawan kat rumah. Dua beradik..yang adiknya sabar menunggu aku bakar satu layer satu layer..aku suruh tidur dulu takut lambat siap nanti esok boleh makan..tapi dia nak tunggu jugak. Ok kat bawah ni aku copy paste bahan2 dan aturcaranya dulu ya.

Bahan2


4 biji Limau Purut di parut bahagian luar hijau,sebanyak 1 sudu kecil ( jangan parut bahagian putih limau ini akan menjadikan kek pahit )
10 biji telor saiz A
500g butter
200g gula halus
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu makan ovelette
425g susu pekat manis
200g tepung hong kong
50g horlicks
Sedikit pewarna hijau
20g tepung marie


Cara2

1. Bahan butter + gula + ovelette + esen vanilla di pukul hingga kembang - putih
2. Masukkan telor satu per satu sambil adunan di pukul
3. Masukkan susu pekat & pukul lagi sehingga sebati
4 Masukkan tepung hk sedikit demi sedikit kacau adunan
5. Masukkan horlicks + tepung marie & kacau lagi
6. Bahagikan kpd 2 bahagian ( 1 adunan masokkan pewarna hijau + parutan kulit limau purut ) 1 lg adunan di biarkan warna asli
7. Lenser kan loyang 8x8x3 + kertas minyak di lapik.
8.tuang 4sudu makan ke dalam loyang & rata kan
9. Bakar sehingga masak - kalau hangus di atas mmg masak lah ye,tekan dengan iron ( student ku tau apa maksud "IRON")
10. Bakar lah selapis demi selapis
11. GUNA API ATAS SAHAJA!!!
12. Oven biasa 180-220 darjah celcius (panaskan dahulu)

Sebelum cerita panjang lagi nak ucapkan terima kasih pada tuan punya resepi dayangkeklapis. Rasanya memang best,lain dari yang lain. Oleh kerana aku ni budak baru belajar jadi aku buat setengah bancuhan saja. Ok jamu mata dulu..

Memandangkan kat rumah aku takder tepung Hong Kong so aku pakai superfine flour and tepung marie tu aku tak tau samada ia adalah dari biskut marie tapi aku pasti ada di jual di kedai kek. So yang ini aku omit so aku lebihkan tepung superfine jerr.. Satu lagi yang namanya IRON tu, since aku takder tools untuk buat kek lapis so kita improvise dengan apa yang ada untuk tekan2 kek tu sikit tak bagi ada gelembung udara. Satu lagi step yang tak di tulis tapi aku buat ialah lepas lapisan terakir dah masak. Aku tutupkan acuan dengan aluminium foil dan bakar api atas dan bawah untuk 15 minit. Rasanya memang besstest... Balik dari kerja tadi kawan Nu'aim datang lagi, siap tanya ada lagi tak kek tu..alamak tak cukup plak..yelah bagi pada maknya sket..kirim kat kakak ipar sket, bawak opis sket, kakak aku datang pun dah tinggal sket. Kakak ipar aku call tadi dia cakap tak cukup.. wow, dapat sambutan rupanya ya..

2 comments:

aduskirana said...

nak jugok

Eramli said...

nati kita cari limau purut dulu deh...