Monday, May 25, 2009

Keras Tangan

Hari sabtu minggu lepas aku ngan hubby pergi masjid India/Jalan TAR cari bunga and riben...untuk buat kelengkapan hantaran pertunangan adik ipar aku. Wah meriah sungguh kat situ ya...dengan tudung2 yang murah and bermacam2 jenis. Naik juling mata aku.

Mula2 kami menuju ke Sin Yin di semua House untuk cari riben n sambil2 meninjau2 apa yang cantik. Lepas tu macam nak cari bunga kat luar... deret sebelah Mydin...dan alangkah terkezut..takder satu pun kedai yang jual bunga kat situ..rupa2nya lama betul kitaorang dah tak pergi sampaikan kedai bunga dah jadi kedai baju pun kitaorang tak tau.. Malas nak patah balik ke Semua House, sib baik ada satu kedai apek kat sebelah kedai emas tu jual bunga n barang2 hantaran. Tapi bunga2 kecik takder.. memang dah malas nak cari kedai lain sebenarnya... so hubby tunggu kat depan sementara aku masuk Mydin kot2 ada jual bunga kat dalam tu.. memang betul pun ada and yang membuatkan aku hangi ialah setangkai daun yang aku beli kat kedai apek tu reganya RM1.70 and the exact daun kat Mydin reganya RM 0.70 sahaja. ped up betul...

Dah beli tu terus balik coz bapaknya janji ngan budak2 nak tengok Night @ Muzium2, tapi coz dah terlambat and tau jerlah budak2 kalau dah janji kena pergi jugak... maklumlah rumah aku tu seperlaungan jer ngan IOI..end up diorang tengok Monster vs Aliens. Janji lg... nak tengok Night @ Muzium2 next day... Jadi keesokkan harinya kami pun pergilah pukul 4 (nak tengok show kul 4.30) tup2 tiket dah abis, kena tunggu show kul 6.45, tak kuasa aku..kakak plak nak tengok citer Syurga Cinta ke apa tajuknya tapi Nu'aim taknak tengok..last2 bagi dua. Aku ngan Nu'aim ronda2 n yang lain tengok wayang. Patutlah Nu'aim takder mood, dalam dok ronda tu.. badan dia panas...demamlah plak anak aku ni...Hari senin tu dua2 anak demam.. jadi malam tu bilik aku jadi sick bay..aduss phening betullll... anyway, kat bawah ni aku tempekkan hasil kerastangan untuk hantaran adik ipar aku..




No comments: